Gempa bumi sederhana landa utara Laut Maluku

KUALA LUMPUR - Gempa bumi sederhana berukuran 5.8 pada skala Richter dikesan berlaku di utara Laut Maluku, Indonesia pada jam 8.21 malam tadi.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan pada Ahad memaklumkan gempa bumi itu dikesan pada koordinat 1.5 darjah utara dan 126.4 darjah timur, dengan kedalaman 10 kilometer.
Gempa bumi itu berada pada jarak 131 kilometer ke timur Bitung.
Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia susulan gempa bumi berkenaan. - Bernama
Ringkasan AI
- Gempa bumi sederhana berukuran 5.8 pada skala Richter berlaku di utara Laut Maluku, Indonesia
- Berlaku pada jam 8.21 malam
- Dikesan pada koordinat 1.5 darjah utara dan 126.4 darjah timur
- Berada pada jarak 131 kilometer ke timur Bitung
- Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
