Mayat wanita dalam beg: Mangsa dicekik di Ampang

Pada Khamis lepas, mayat seorang wanita ditemukan dalam beg ditanam di belakang sebuah rumah tidak berpenghuni di Kampung Batu 4.
Pada Khamis lepas, mayat seorang wanita ditemukan dalam beg ditanam di belakang sebuah rumah tidak berpenghuni di Kampung Batu 4.
A
A
A

SEREMBAN - Polis percaya wanita yang ditemukan maut pada Khamis lepas, dibunuh di sebuah rumah di Ampang, Selangor sebelum mayatnya dimasukkan ke dalam beg dan ditanam di Kampung Batu 4, Pedas, Rembau.

Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Senior Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar berkata, siasatan mendapati wanita itu dicekik selepas berlaku pertengkaran dengan suspek yang berusia 51 tahun di rumah mangsa.

"Pergaduhan berpunca daripada isu kewangan dengan siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya kepada pemberita di sini pada Ahad.

Muhammad Idzam berkata, setakat ini, mayat belum dituntut kerana identitinya masih tidak disahkan selain keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) belum diperoleh.

Pada Khamis lepas, mayat seorang wanita ditemukan dalam beg ditanam di belakang sebuah rumah tidak berpenghuni di Kampung Batu 4.

Susulan itu, polis menahan dua lelaki berusia 51 dan 41 tahun untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Identiti wanita itu belum dapat disahkan berikutan keadaan mayat yang sudah mereput dan dipercayai meninggal dunia melebihi tiga hari. - Bernama

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Wanita ditemukan maut dibunuh di Ampang, Selangor sebelum mayatnya ditanam di Pedas, Rembau
  • Siasatan mendapati wanita itu dicekik selepas berlaku pertengkaran berkaitan isu kewangan dengan suspek berusia 51 tahun
  • Polis menahan dua lelaki berusia 51 dan 41 tahun untuk membantu siasatan
  • Mayat belum dituntut kerana identiti belum disahkan dan keputusan ujian DNA belum diperoleh
  • Identiti wanita sukar disahkan kerana mayat sudah mereput dan dipercayai meninggal melebihi tiga hari

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!