Elon Musk jadi individu pertama miliki kekayaan melebihi AS$700 bilion - Lapor Forbes

Elon Musk
Elon Musk
A
A
A

WASHINGTON - Usahawan Amerika Syarikat, Elon Musk menjadi individu pertama dalam sejarah yang memiliki nilai kekayaan bersih melebihi AS$700 bilion, lapor Sputnik/RIA Novosti memetik laporan majalah Forbes.

Menurut laporan itu, lonjakan kekayaan Musk berlaku selepas Mahkamah Agung Delaware membatalkan keputusan mahkamah rendah yang sebelum ini membatalkan pakej opsyen saham Tesla miliknya pada 2018.

Pakej opsyen saham berkenaan kini dianggarkan bernilai AS$139 bilion.

Forbes menganggarkan bahawa kejayaan Musk dalam merayu keputusan itu telah meningkatkan nilai kekayaan bersihnya kepada paras tertinggi, iaitu AS$749 bilion.

Sebelum ini, Forbes menamakan Musk sebagai individu pertama yang memiliki nilai kekayaan bersih melebihi AS$600 bilion susulan pengumuman tawaran awam oleh SpaceX, yang menilai syarikat itu pada AS$800 bilion.

Peningkatan kekayaan Musk berlaku dengan pantas dalam tempoh beberapa tahun. Pada Mac 2020, nilai kekayaan bersihnya dianggarkan sekitar AS$24.6 bilion.

Pada Januari 2021, beliau muncul sebagai individu terkaya di dunia selepas melepasi paras AS$200 bilion dan AS$300 bilion dalam tahun yang sama.

Pada 2024, nilai kekayaan Musk terus meningkat apabila melepasi paras AS$400 bilion dan AS$500 bilion.

Setakat ini, satu-satunya individu lain selain Musk yang pernah mencapai nilai kekayaan bersih melebihi paras AS$300 bilion dan AS$400 bilion ialah pengasas bersama Oracle, Larry Ellison. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Elon Musk menjadi individu pertama dengan kekayaan melebihi US$700 bilion
  • Lonjakan kekayaan Musk berlaku selepas Mahkamah Agung Delaware membatalkan keputusan sebelumnya tentang pakej opsyen saham Tesla
  • Pakej opsyen saham tersebut kini bernilai US$139 bilion
  • Kejayaan Musk dalam merayu keputusan itu meningkatkan nilai kekayaannya kepada US$749 bilion
  • Musk muncul sebagai individu terkaya di dunia pada Januari 2021 dengan melepasi paras US$200 bilion dan US$300 bilion dalam tahun yang sama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!