Dua remaja cedera motosikal dihempap pokok

Mangsa masing-masing berusia 17 dan 12 tahun. - Gambar hiasan
Mangsa masing-masing berusia 17 dan 12 tahun. - Gambar hiasan
A
A
A

GEORGE TOWN - Dua remaja cedera ringan selepas motosikal dinaiki dihempap sebatang pokok tumbang berhampiran sebuah hotel di sini pada Sabtu.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang John Sagun Francis berkata kejadian sekitar 7 malam itu turut melibatkan sebuah kenderaan pacuan empat roda Toyota Hilux, namun pemandunya tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Insiden melibatkan dua kenderaan iaitu sebuah pacuan empat roda dan sebuah motosikal dinaiki dua remaja lelaki dan perempuan masing-masing berusia 17 dan 12 tahun dengan kedua-dua mereka cedera ringan manakala lelaki berusia 64 tahun yang memandu Hilux tidak cedera.

"Kedua-dua mangsa yang cedera telah diberikan rawatan awal oleh anggota di lokasi sebelum diserahkan kepada petugas Kementerian Kesihatan (KKM) untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata Pasukan Keluaran Operasi (PKO) telah membuat 'size up' di lokasi dan menjalankan kerja-kerja pemotongan serta pembersihan sisa pokok tumbang menggunakan peralatan khas sebelum operasi ditamatkan pada 7.57 malam. - Bernama

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Dua remaja cedera ringan selepas motosikal dinaiki dihempap pokok tumbang di George Town
  • Penolong Pengarah JBPM Pulau Pinang, John Sagun Francis, mengesahkan kejadian berlaku sekitar 7 malam
  • Insiden tersebut melibatkan sebuah motosikal yang dinaiki dua remaja dan sebuah Toyota Hilux
  • Mangsa motosikal ialah remaja lelaki dan perempuan berusia 17 dan 12 tahun, pemandu Hilux tidak cedera
  • Pasukan Keluaran Operasi JBPM menjalankan kerja pemotongan dan pembersihan sisa pokok tumbang

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!