Cemas babi hutan sesat masuk rumah

Tangkap layar sumber video daripada Tiktok milik Janatun.
Tangkap layar sumber video daripada Tiktok milik Janatun.
A
A
A

SHAH ALAM – Seorang wanita terkejut apabila seekor babi hutan secara tiba-tiba memasuki rumahnya ketika dia sedang berehat di ruang tamu.

Menerusi perkongsian rakaman kamera litar tertutup (CCTV) milik akaun TikTok @bonda.jmj, haiwan berkenaan dilihat terlanggar pintu rumah dan terus memasuki kediaman tersebut.

Perunding takaful, Janatun Maqwa, 32, berkata, kejadian itu merupakan pengalaman pertama yang cukup mencemaskan sehingga memaksanya keluar rumah untuk menyelamatkan diri.

Tangkap layar sumber video daripada Tiktok milik Janatun
Tangkap layar sumber video daripada Tiktok milik Janatun

Menurutnya, babi hutan berkenaan datang berkumpulan, namun seekor daripadanya tersasar daripada laluan dan secara tidak sengaja berlari masuk ke dalam rumah.

“Kumpulan itu terdiri daripada kira-kira 20 ekor babi hutan yang cuba menyeberangi sungai berhampiran rumah saya.

“Dua ekor daripadanya tidak berjaya naik ke tebing sungai, lalu keluar melalui bahagian hadapan rumah.

“Mungkin kerana terlalu gelabah, salah seekor terus menuju dan masuk ke dalam rumah,” katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Artikel Berkaitan:

Janatun berkata, kira-kira lima minit kemudian, haiwan liar itu berjaya dihalau keluar dengan bantuan penduduk kampung.

Tangkap layar sumber video daripada Tiktok milik Janatun
Tangkap layar sumber video daripada Tiktok milik Janatun

“Kebetulan ada beberapa remaja menaiki motosikal melalui kawasan rumah, jadi saya meminta bantuan mereka untuk menghalau babi hutan tersebut.

“Selepas haiwan itu berjaya dihalau keluar menggunakan penyapu, barulah saya samak rumah,” ujarnya.

Tambahnya, kejadian itu menyebabkan dia sekeluarga kini lebih berhati-hati dan berwaspada walaupun berada di dalam rumah.

“Kawasan sungai berkenaan juga telah ditinggikan batasnya, jadi babi hutan tidak lagi boleh melalui laluan itu pada masa akan datang,” katanya.

 

 

Ringkasan AI

  • Seorang wanita terkejut apabila seekor babi hutan memasuki rumahnya ketika dia sedang berehat di ruang tamu
  • Babi hutan tersebut masuk ke dalam rumah melalui pintu yang terbuka
  • Insiden tersebut berlaku kerana kira-kira 20 ekor babi hutan mencoba menyeberangi sungai berhampiran rumah wanita tersebut
  • Haiwan liar itu berhasil dihalau keluar dengan bantuan beberapa remaja lelaki yang kebetulan melalui kawasan tersebut
  • Selepas insiden, kawasan sekitar sungai ditinggikan batasnya untuk menghalang babi hutan dari melalui laluan tersebut lagi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!