Pertubuhan Bayu Raudhah nafi seleweng dana Tabung #JusticeForZara

Seorang saksi kanak-kanak memberitahu Mahkamah Koroner di sini bahawa dia dan Zara Qairina Mahathir sering menulis kisah persahabatan mereka dalam diari yang dikongsi bersama sejak Mei tahun lepas.
Seorang saksi kanak-kanak memberitahu Mahkamah Koroner di sini bahawa dia dan Zara Qairina Mahathir sering menulis kisah persahabatan mereka dalam diari yang dikongsi bersama sejak Mei tahun lepas.
A
A
A

KOTA KINABALU - Pertubuhan Kebajikan Bayu Raudhah pada Jumaat tampil menjelaskan kedudukan kewangan Tabung #JusticeForZara bagi menangkis sebarang dakwaan salah guna kuasa atau penyelewengan dana sumbangan orang ramai.

Setiausaha Pertubuhan Kebajikan Bayu Raudhah Sabah, Sitti Fhaizah Mukthar dalam kenyataan memaklumkan tabung berkenaan diwujudkan sepenuhnya bagi tujuan membantu keluarga serta menyokong proses prosiding inkues yang sedang berlangsung.

"Kami dengan tegas menafikan sebarang salah guna atau penyelewengan dana. Semua pengurusan kewangan dilakukan mengikut prosedur pertubuhan dan peraturan sah yang berkuat kuasa,” katanya.

Beliau berkata, semua kutipan dana direkodkan dengan teliti dan digunakan hanya untuk tujuan yang dinyatakan termasuk kos dokumentasi, khidmat kepakaran, logistik, penginapan keluarga dan pakar serta keperluan mesyuarat dan operasi.

Setiap perbelanjaan dilakukan, katanya, disertakan dengan resit dan dokumen rasmi bagi memastikan akauntabiliti sepenuhnya.

Sitti Fhaizah menjelaskan tabung terbabit yang dibuka untuk sumbangan dari 8 hingga 12 September lepas telah berjaya mengumpul dana keseluruhan berjumlah RM255,016.27.

Beliau berkata, daripada jumlah itu, sebanyak RM162,155.87 telah dibelanjakan untuk pelbagai keperluan berkaitan kes, menjadikan baki semasa tabung setakat 18 Disember 2025 ialah RM94,096.97.

Menyentuh mengenai pecahan perbelanjaan, kos terbesar dicatatkan adalah bagi khidmat kepakaran dan konsultasi profesional yang menelan belanja sebanyak RM82,747.35, diikuti kos logistik dan perjalanan.

Ia melibatkan perbelanjaan untuk perjalanan udara dan darat bagi pakar serta pengangkutan keluarga berkaitan prosiding berjumlah RM40,435.54 selain beberapa lagi perbelanjaan lain seperti penginapan (RM22,119.28), serta dokumentasi dan komunikasi (RM12,497).

Artikel Berkaitan:

Semua maklumat serta rekod berkaitan Tabung #JusticeForZara itu, telah didedahkan kepada pihak berkuasa yang berkaitan bagi tujuan semakan dan pemantauan, katanya.

"Pihak pertubuhan juga menyatakan kesediaan untuk terus bekerjasama dengan pihak-pihak berkenaan dari semasa ke semasa bagi memastikan tadbir urus yang telus dapat dikekalkan.

"Laporan kewangan tabung ini juga terbuka untuk disemak oleh pihak berkuasa mahupun penderma yang berminat untuk mengetahui butiran lanjut mengenai aliran dana tersebut,” katanya.

Beliau berkata, pendedahan perincian akaun itu diharapkan dapat menjernihkan persepsi masyarakat dan mengembalikan kepercayaan terhadap usaha murni yang sedang diperjuangkan demi menuntut keadilan. - Bernama

 

 

Ringkasan AI

  • Pertubuhan Kebajikan Bayu Raudhah jelaskan kedudukan kewangan Tabung #JusticeForZara untuk menangkis tuduhan penyelewengan
  • Tabung ditubuhkan untuk membantu keluarga dan menyokong proses inkues
  • Semua kutipan dana direkodkan dan digunakan untuk tujuan yang dinyatakan dengan akauntabiliti penuh
  • Dana berjaya dikumpul sejumlah RM255,016.27, dengan penggunaan RM162,155.87 untuk keperluan kes
  • Maklumat rekod Tabung #JusticeForZara didedahkan kepada pihak berkuasa untuk semakan dan pemantauan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!