Bapa, anak maut kereta terjunam bawah tebing jalan

Perjalanan dua beranak berakhir tragedi apabila kenderaan dinaiki terbalik sebelum terjunam ke bawah tebing jalan selepas bertembung dengan Toyota Lexus di Kampung Batu Melintang, Jeli Khamis. Foto: JBPM

A
A
A

JELI - Perjalanan dua beranak menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza berakhir dengan tragedi apabila kenderaan itu terbalik sebelum terjunam ke bawah tebing jalan selepas bertembung dengan sebuah Toyota Lexus di Kampung Batu Melintang, di sini pada Khamis.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.50 petang itu, pemandu MPV berusia 39 tahun bersama anak lelakinya berusia 16 tahun maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah dan mayat mangsa diserahkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk dibawa ke Unit Forensik Hospital Jeli.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jeli, Penolong Penguasa Bomba Azhar Elmi Mustofar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.59 petang dan tiba di lokasi pada jam 2.14 petang.

Pemandu MPV berusia 39 tahun bersama anak lelakinya berumur 16 maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah. Foto: JBPM
Pemandu MPV berusia 39 tahun bersama anak lelakinya berumur 16 maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah. Foto: JBPM

“Setibanya pasukan di lokasi, komander operasi melakukan penilaian (size-up) dan mendapati benar berlaku kemalangan membabitkan dua kereta yang bertembung di bahagian hadapan melibatkan Toyota Lexus dan Perodua Alza.

“Perodua Alza terbalik dan jatuh ke bawah tebing jalan, di mana terdapat dua mangsa tersepit. Bagaimanapun kedua-duanya berjaya dikeluarkan,” katanya ketika dihubungi pada Khamis.

Menurut beliau, dua beranak itu dikeluarkan menggunakan peralatan 'Rescue Hydraulic Cutter' dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pihak KKM.

Artikel Berkaitan:

Perodua Alza terjunam ke bawah tebing jalan selepas bertembung dengan sebuah Toyota Lexus di Kampung Batu Melintang pada Khamis. Foto: JBPM
Perodua Alza terjunam ke bawah tebing jalan selepas bertembung dengan sebuah Toyota Lexus di Kampung Batu Melintang pada Khamis. Foto: JBPM

Ujarnya, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Tambah beliau, pemandu Toyota Lexus hanya mengalami cedera ringan dalam kejadian tersebut.

Ringkasan AI

  • Perjalanan dua beranak menaiki MPV Perodua Alza berakhir tragedi apabila terbalik dan terjunam ke bawah tebing
  • Pemandu MPV berusia 39 tahun bersama anaknya 16 tahun maut di lokasi kejadian
  • Pasukan Bomba tiba di lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan
  • Perodua Alza bertembung dengan Toyota Lexus sebelum terbalik dan jatuh
  • Pemandu Toyota Lexus hanya mengalami cedera ringan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!