Cucu maut, kereta dipandu datuk terbalik

 Seorang kanak-kanak perempuan maut selepas kereta dipandu datuknya terbabas sebelum terbalik di Jalan Baginda, Manjoi di sini pada Ahad.
Seorang kanak-kanak perempuan maut selepas kereta dipandu datuknya terbabas sebelum terbalik di Jalan Baginda, Manjoi di sini pada Ahad.
A
A
A

IPOH - Seorang kanak-kanak perempuan maut selepas kereta dipandu datuknya terbabas sebelum terbalik di Jalan Baginda, Manjoi di sini pada Ahad.

Mangsa, Az Dian Raisya Qistina Mohamad Hafisrudin, 4, disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Wad Kecemasan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) pada jam 10.05 malam.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, semasa kejadian sekitar jam 8.40 malam itu, mangsa bersama datuknya berusia 69 tahun dalam perjalanan pulang dari Meru ke Manjoi.

Bagaimanapun katanya, tiba di lokasi kejadian, kereta jenis Proton Iswara Aeroback dipandu warga emas itu hilang kawalan.

Tiba di lokasi kejadian, kereta jenis Proton Iswara Aeroback dipandu warga emas berusia 69 tahun hilang kawalan sebelum terbabas dan terbalik.
Tiba di lokasi kejadian, kereta jenis Proton Iswara Aeroback dipandu warga emas berusia 69 tahun hilang kawalan sebelum terbabas dan terbalik.

"Akibat dari kemalangan itu, kedua-dua mangsa cedera di muka dan tangan sebelum dihantar ke hospital untuk rawatan.

"Kanak-kanak itu bagaimanapun disahkan meninggal dunia di wad kecemasan hospital tersebut," katanya ketika dihubungi pemberita pada Isnin.

Beliau berkata, kemalangan turut menyebabkan kereta berkenaan mengalami kerosakan teruk di bahagian sisi kiri kereta kemek dan calar serta cermin hadapa pecah," katanya.

Artikel Berkaitan:

"Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

 

 

Ringkasan AI

  • Seorang kanak-kanak perempuan maut selepas kereta dipandu datuknya terbabas di Jalan Baginda, Manjoi
  • Mangsa, Az Dian Raisya Qistina Mohamad Hafisrudin, berusia 4 tahun meninggal dunia di Hospital Raja Permaisuri Bainun
  • Kemalangan berlaku ketika dalam perjalanan pulang dari Meru ke Manjoi
  • Kereta jenis Proton Iswara Aeroback hilang kawalan dan terbabas
  • Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!