Sunway Square Mall tarik balik dasar mesra haiwan

SHAH ALAM – [DIKEMAS KINI] Sunway Square Mall mengubah dasar mesra haiwannya dengan serta-merta susulan arahan kerajaan negeri yang mengekalkan larangan itu.
Menerusi satu kenyataan pada Khamis, haiwan peliharaan kini tidak lagi dibenarkan berada di dalam premis tertutup dalaman pusat beli-belah berkenaan bagi memastikan persekitaran yang selamat, bersih dan selesa kepada semua pengunjung.
Bagaimanapun, haiwan peliharaan masih dibenarkan berada di kawasan luar yang ditetapkan sebagai mesra haiwan iaitu Squarrel’s Playground yang terletak di Sunway South Quay Lake.
Haiwan peliharaan boleh menemani pemilik mereka semasa melalui laluan antara tempat letak kereta pusat beli-belah (B3 dan B4) serta zon luar yang ditetapkan, dengan panduan daripada pasukan keselamatan pusat beli-belah tersebut.
Pengurusan Sunway Square Mall menghargai kefahaman dan kerjasama komuniti dalam mencipta pengalaman yang menyeronokkan untuk semua pengunjung termasuk haiwan peliharaan.
Sebelum ini, media melaporkan kenyataan Exco Kerajaan Tempatan dan Pelancongan negeri, Datuk Ng Suee Lim yang memaklumkan larangan membawa haiwan peliharaan ke pusat beli-belah di Selangor masih kekal.
Beliau berkata, dasar berkenaan masih berkuat kuasa, namun kerajaan negeri akan meneliti semula garis panduan sedia ada dalam menjaga keharmonian masyarakat.
Tangkap layar tentang dasar terkini pusat beli belah terbabit telah tersebar dan dikongsikan beberapa pihak, namun kenyataan asal yang dimuat naik tidak boleh diakses ketika ini.
Ringkasan AI
- Sunway Square Mall menarik balik dasar mesra haiwannya susulan arahan kerajaan negeri
- Haiwan peliharaan kini tidak lagi dibenarkan di dalam premis tertutup dalaman pusat beli-belah tersebut
- Haiwan peliharaan masih dibenarkan berada di kawasan luar yang ditetapkan sebagai mesra haiwan
- Pengurusan Sunway Square Mall memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul
- Dasar larangan membawa haiwan peliharaan ke pusat beli-belah di Selangor masih kekal
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

