Kempen biadab hina al-Quran, senjata propaganda pilihan raya AS

TALLAHASSEE - Calon Parti Republikan (GOP) sekali lagi mencetuskan kontroversi ketika cuba memancing undi.
Perbuatan biadab Jake Lang menghina al-Quran pada akhir minggu lalu mencetuskan gelombang kemarahan Muslim dan aktivis yang menyifatkan ia melampaui batas serta menyinggung perasaan perasaan umat Islam.
Calon haluan kanan yang bertanding di Florida itu melakukan tindakan menghina agama tersebut ketika dia menyertai perarakan anti-Islam di luar sebuah masjid di Plano, Amerika Syarikat (AS).
Difahamkan, ia bukanlah pertama kali dia melakukan perbuatan tidak bertamadun sedemikian yang telah digunakan sebagai senjata propaganda pilihan raya di AS.
Pada bulan lalu, Lang yang mendapat pengampunan Presiden Donald Trump kerana menyertai rusuhan ganas di Capitol pada Januari 2021 turut melakukan aksi keji serupa di Michigan.
Kejadian itu berlaku selepas tindakan melampau sama dibuat seorang lagi calon GOP, Valentina Gomez yang sengaja membakar kitab suci tersebut di Texas pada Ogos lalu.
Kedua-dua calon berkenaan secara jelas mengapi-apikan golongan ekstremis untuk menyemai sentimen anti-Islam yang semakin meningkat di negara Barat. - Agensi
Ringkasan AI
- Calon Parti Republikan mencetuskan kontroversi dengan menghina al-Quran
- Perbuatan Jake Lang mencetuskan kemarahan umat Islam dan aktivis
- Lang menghina agama Islam di perarakan anti-Islam di Plano, AS
- Dia telah melakukan perbuatan serupa sebelum ini sebagai propaganda pilihan raya
- Lang dan calon GOP lain, Valentina Gomez, mengapi-apikan sentimen anti-Islam
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

