Beri peluang Gen Z matang

Zaman muda Gen Z akan berlalu dan mereka akan berkembang serta matang seiring dengan masa. Gambar hiasan
Zaman muda Gen Z akan berlalu dan mereka akan berkembang serta matang seiring dengan masa. Gambar hiasan
A
A
A

Gen Z merujuk kepada generasi yang lahir pada tahun 1997 hingga 2012. Mereka membesar dengan internet, telefon pintar dan media sosial.

Disebabkan generasi ini sering dilihat lemah, mudah terasa dan terlalu sensitif menyebabkan mereka dipandang serong oleh generasi Milenial.

Generasi Milenial pula lahir pada tahun 1981 hingga 1996, mereka membesar dalam zaman analog menuju ke digital.

Milenial dikatakan lebih kental kerana membesar dalam suasana yang sebenar, berinteraksi dengan manusia dan alam.

Jadi apabila seorang pempengaruh yang mewakili Generasi Milenial ‘melondehkan’ kelemahan Gen Z maka gegak gempitalah media sosial menyokong penuh pandangan tersebut.

Namun bagi Merak Jalanan, karakteristik Gen Z sebenarnya disebabkan oleh cara ibu bapa mereka dari zaman sebelum Milenial yang membesarkan mereka.

Sebagai contoh, ibu bapa zaman sekarang yang membenarkan anak-anak mereka larut dalam dunia digital. Jadi tidak boleh juga hendak salahkan generasi akan datang.

Bagi Merak Jalananlah, zaman muda Gen Z akan berlalu dan mereka akan berkembang serta matang seiring dengan masa, malah pengalaman juga akan mengubah pandangan mereka tentang kehidupan.

Pada masa ini Generasi Alfa (2010-2024) sedang meningkat naik dan seterusnya ialah Generasi Beta (2025 - 2039). Ini akan jadi generasi kecerdasan buatan (AI).

Artikel Berkaitan:

Persoalannya sejauh manakah kecerdasan yang wujud pada zaman ini akan mencorak generasi akan datang menjadi lebih baik atau sebaliknya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!