Marhamah angkat sumpah senator di Dewan Negara

KUALA LUMPUR - Penceramah agama, Marhamah Rosli, yang dilantik sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) baharu, mengangkat sumpah sebagai Senator di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah petang ini.
Awang Bemee dalam ucapan alu-aluan berkata lantikan baharu itu dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong mengikut peruntukan Perkara 45(1)(b) Perlembagaan Persekutuan, dan berkuat kuasa mulai hari ini hingga 15 Dis 2028 selaras Perkara 45(3) dan 45(3A).
"Bagi pihak Dewan Negara diucapkan setinggi tahniah kepada Senator atas pelantikan ini, selamat menjalankan amanah yang dipertanggungjawabkan dan selamat berkhidmat,” katanya.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan perubahan dalam barisan Kabinet Kerajaan MADANI yang antara lain menyaksikan pertukaran portfolio beberapa menteri dan timbalan menteri selain pelantikan beberapa muka baharu sebagai timbalan menteri. - Bernama
Ringkasan AI
- Marhamah Rosli dilantik sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)
- Marhamah Rosli mengangkat sumpah sebagai Senator
- Lantikan oleh Yang di-Pertuan Agong menurut Perkara 45(1)(b) Perlembagaan Persekutuan
- Lantikan berkuat kuasa mulai hari mengikut Perkara 45(3) dan 45(3A) hingga 15 Dis 2028
- Perubahan dalam barisan Kabinet Kerajaan MADANI diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
