Hui Ying kini bersama Timbalan Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat

Hui Ying sebelum ini menjawat jawatan Timbalan Menteri Kewangan kini ke Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
Hui Ying sebelum ini menjawat jawatan Timbalan Menteri Kewangan kini ke Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
A
A
A

PUTRAJAYA - Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying kini bertukar portfolio ke Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Menerusi pengumuman khas oleh Perdana Menteri pada Selasa, Hui Ying menggantikan jawatan Datuk Seri Dr Noraini Ahmad yang dinamakan sebagai Menteri Perladangan dan Komoditi.

Sementara di Kementerian Kesihatan (KKM), Timbalan Menterinya bertukar dengan Ahli Parlimen Mukah Datuk Hanifah Hajar Taib menggantikan Datuk Lukanisman Awang Sauni yang ke Kementerian Luar sebagai Timbalan Menteri menggantikan Datuk Mohamad Alamin.

Mohamad ke di Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) sebagai Timbalan Menteri.

Jawatan Menteri Kesihatan kekal diterajui oleh Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying bertukar portfolio ke Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
  • Hui Ying menggantikan Datuk Seri Dr Noraini Ahmad yang kini Menteri Perladangan dan Komoditi
  • Timbalan Menteri Kesihatan kini dipegang oleh Datuk Hanifah Hajar Taib menggantikan Datuk Lukanisman Awang Sauni
  • Datuk Mohamad Alamin berpindah ke Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi sebagai Timbalan Menteri
  • Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad kekal sebagai Menteri Kesihatan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!