Dewan Negara luluskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2026

Persidangan Dewan Negara pada Isnin meluluskan RUU Perbekalan (Belanjawan) 2026 di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah.
Persidangan Dewan Negara pada Isnin meluluskan RUU Perbekalan (Belanjawan) 2026 di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Persidangan Dewan Negara pada Isnin meluluskan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2026 di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah.

RUU itu diluluskan dengan lebih suara bersetuju oleh Ahli Dewan Negara selepas bacaan kali ketiga oleh Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan setelah melalui tujuh hari tempoh perbahasan dan penggulungan.

Terdahulu dalam ucapan penggulungannya, Amir Hamzah berkata, Belanjawan 2026 terus mengekalkan keseimbangan pembangunan ekonomi dan sosial dalam membina Malaysia yang lebih makmur, inklusif, dan berdaya tahan.

"Belanjawan 2026 menekankan kepentingan rakyat dengan matlamat meningkatkan darjat dan kesejahteraan hidup, memperkukuh ekonomi negara, di samping memastikan pengurusan kewangan negara kekal mampan," katanya.

Belanjawan 2026 merupakan belanjawan keempat di bawah Kerajaan Madani dan yang pertama dilaksanakan di bawah kerangka Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).

Bertemakan 'Belanjawan Rakyat', ia memperuntukkan perbelanjaan awam sebanyak RM470 bilion, termasuk RM338.2 bilion bagi perbelanjaan mengurus dan RM81 bilion bagi perbelanjaan pembangunan.

Ia turut merangkumi pelaburan syarikat berkaitan kerajaan (RM30 bilion), kerjasama awam-swasta (RM10 bilion) serta badan berkanun Persekutuan dan syarikat Menteri Kewangan Diperbadankan (RM10.8 bilion). - Bernama

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Persidangan Dewan Negara meluluskan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2026
  • RUU diluluskan selepas tujuh hari tempoh perbahasan
  • Belanjawan 2026 bertujuan untuk mencapai keseimbangan pembangunan ekonomi dan sosial
  • Menekankan peningkatan kesejahteraan hidup rakyat dan ekonomi yang mampan
  • Merangkumi perbelanjaan awam sejumlah RM470 bilion termasuk pelaburan dan perbelanjaan pembangunan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!