Pemandu treler rempuh tol tidak mengaku pandu bawah pengaruh dadah

Pihak polis membawa Noor Azuan (tengah) ke Mahkamah Majistret Shah Alam pada Isnin.
Pihak polis membawa Noor Azuan (tengah) ke Mahkamah Majistret Shah Alam pada Isnin.
A
A
A

SHAH ALAM – Seorang pemandu treler yang tular dalam insiden rempuhan Plaza Tol Kemuning, Lebuhraya Shah Alam (Kesas) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Isnin atas satu pertuduhan memandu di bawah pengaruh dadah.

Noor Azuan Abdul Rahman, 48, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca di hadapan Majistret, Ameera Mastura Khamis.

Mengikut pertuduhan, lelaki bujang itu didakwa memandu kenderaan berat berkenaan di bawah pengaruh dadah dan menyebabkan kecederaan ke atas mangsa di lorong Plaza Tol Kemuning dari Klang ke Kuala Lumpur, Lebuhraya Kesas di sini pada jam 9.11 malam 10 Disember lalu.

Dia dituduh mengikut Seksyen 44(1A)(a) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman penjara antara tujuh hingga 10 tahun dan denda antara RM30,000 hingga RM50,000, jika sabit kesalahan.

Noor Azuan (tengah) mengaku tidak bersalah atas satu pertuduhan memandu treler bawah pengaruh dadah, Rabu minggu lalu.
Noor Azuan (tengah) mengaku tidak bersalah atas satu pertuduhan memandu treler bawah pengaruh dadah, Rabu minggu lalu.

Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Akhilah Rosmi mencadangkan tertuduh diberi ikat jamin sebanyak RM20,000 dengan seorang penjamin.

Bagaimanapun, tertuduh yang tidak diwakili peguam, merayu kadar itu dikurangkan kerana dia perlu menjaga ibu bapa yang uzur termasuk anak saudaranya yang masih kecil.

“Mohon puan kurangkan jaminan, saya rayu kepada puan,” katanya yang hadir dengan ditemani kakak dan ibu yang menggunakan kerusi roda.

Artikel Berkaitan:

Selepas mendengar permohonan daripada kedua-dua pihak, Ameera Mastura membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin.

“Lesen memandu tertuduh digantung sehingga perbicaraan kes ini selesai,” katanya yang menambah sebutan semula untuk serahan dokumen termasuk lantikan peguam pada 12 Februari tahun depan.

Pada Khamis lalu, Sinar Harian melaporkan, seorang penjaga tol bersama enam individu lain berdepan detik cemas apabila sebuah treler merempuh pondok tol dalam insiden di plaza tol terbabit.

Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar, panggilan kecemasan diterima membabitkan rempuhan pondok tol dan dua kereta jenis Perodua Bezza serta Proton Wira.

Katanya, mangsa termasuk penjaga tol berada dalam keadaan baik.

 

 

Ringkasan AI

  • Seorang pemandu treler didakwa memandu di bawah pengaruh dadah semasa rempuhan Plaza Tol Kemuning
  • Noor Azlan Rahman, 48, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Shah Alam
  • Didakwa mengikut Seksyen 44(1A)(a) Akta Pengangkutan Jalan 1987, menghadapi hukuman penjara dan denda
  • Ikat jamin ditetapkan RM10,000, lesen memandu digantung sehingga perbicaraan selesai
  • Insiden melibatkan treler yang merempuh pondok tol dan dua kereta, mangsa termasuk penjaga tol dalam keadaan baik

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!