19 pegawai AKPS KLIA dikenakan tindakan tatatertib

 Seramai 19 pegawai AKPS di KLIA dikenakan tindakan tatatertib selepas didapati terlibat dalam pelbagai kesalahan yang melibatkan pelanggaran integriti dan prosedur kerja. Gambar hiasan
Seramai 19 pegawai AKPS di KLIA dikenakan tindakan tatatertib selepas didapati terlibat dalam pelbagai kesalahan yang melibatkan pelanggaran integriti dan prosedur kerja. Gambar hiasan
A
A
A

SEPANG – Seramai 19 pegawai Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dikenakan tindakan tatatertib selepas didapati terlibat dalam pelbagai kesalahan yang melibatkan pelanggaran integriti dan prosedur kerja.

AKPS KLIA dalam satu kenyataan pada Isnin memaklumkan, keputusan itu dibuat hasil persidangan Lembaga Tatatertib pada Jumaat.

"Seramai 19 pegawai terlibat didapati bersalah atas pelbagai kesalahan antaranya tidak hadir bertugas, langgar prosedur kerja berkaitan cap keselamatan masuk/keluar negara.

"Kesemua mereka dikenakan tindakan tatatertib antaranya amaran, tangguh pergerakan gaji serta penurunan gaji, ia selaras dengan peraturan perkhidmatan awam yang berkuat kuasa," katanya.

Selain itu, AKPS KLIA turut membuka 43 kes siasatan tatatertib melibatkan isu integriti pegawai berhubung pelbagai kesalahan, termasuk pelanggaran Prosedur Operasi Standard (SOP), prosedur dan peraturan kerja.

"Iq melibatkan penggunaan cap keselamatan masuk dan keluar negara, kawalan pemeriksaan kaunter serta kesalahan berkaitan amalan 'flying passport' dan 'counter setting' yang menjejaskan integriti kawalan sempadan negara," katanya.

AKPS KLIA menegaskan tidak akan berkompromi terhadap sebarang bentuk salah laku atau pelanggaran integriti, terutamanya dalam aspek kawalan masuk dan keluar negara yang merupakan elemen kritikal keselamatan negara.

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Seramai 19 pegawai AKPS KLIA dikenakan tindakan tatatertib kerana pelbagai kesalahan melibatkan integriti dan prosedur kerja
  • Keputusan itu dibuat selepas persidangan Lembaga Tatatertib
  • Kesalahan termasuk tidak hadir bertugas dan langgar prosedur berkaitan cap keselamatan masuk/keluar negara
  • Tindakan tatatertib termasuk amaran, tangguh pergerakan gaji dan penurunan gaji
  • AKPS KLIA turut membuka 43 kes siasatan tatatertib melibatkan isu integriti dan pelanggaran SOP

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!