Lebih 2,000 pelajar, asnaf terima sumbangan zakat Andalusia Travel & Tours

Golongan asnaf turut menerima sumbangan berupa wang tunai serta barangan dapur.
Golongan asnaf turut menerima sumbangan berupa wang tunai serta barangan dapur.
A
A
A

KOTA BHARU – Lebih 2,000 pelajar dan golongan asnaf di negeri ini menerima sumbangan zakat berjumlah RM408,600 hasil inisiatif tanggungjawab sosial pengendali pakej haji dan umrah, Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd dengan kerjasama Masjid Imanul Faizin di sini.

Bendahari Masjid Imanul Faizin, Rohani Md Yusof berkata, program tersebut merupakan kali kedua dianjurkan tahun ini selepas pelaksanaan sebelumnya sempena Aidilfitri lalu.

"Ia bagi membantu meringankan beban kewangan penerima, khususnya menjelang sesi persekolahan baharu.

"Kesemua agihan zakat dilaksanakan secara serentak bagi memastikan bantuan dapat disampaikan secara lebih tersusun dan berkesan.

“Sumbangan ini diharap dapat dimanfaatkan untuk perbelanjaan persekolahan anak-anak serta membantu meringankan beban kewangan ibu bapa,” katanya.

Menurut beliau, seramai 1,888 pelajar daripada 17 buah sekolah rendah dan menengah menerima sumbangan tunai RM200 setiap seorang, manakala 100 orang asnaf dari kampung berhampiran turut menerima jumlah sama.

Selain itu, ujarnya, bantuan asnaf bulanan turut disalurkan kepada 49 penerima melibatkan peruntukan RM11,000.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Lebih 2,000 pelajar dan golongan asnaf di Kelantan menerima sumbangan zakat RM408,600 daripada Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd dan Masjid Imanul Faizin
  • Program sumbangan zakat ini adalah kali kedua diadakan tahun ini, bertujuan meringankan beban kewangan penerima
  • Sumbangan tersebut bertujuan untuk membantu perbelanjaan persekolahan dan meringankan beban kewangan keluarga
  • Seramai 1,888 pelajar dari 17 buah sekolah mendapat sumbangan tunai RM200 setiap seorang, dan 100 orang asnaf menerima jumlah sama
  • Bantuan asnaf bulanan juga disalurkan kepada 49 penerima dengan peruntukan RM11,000

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!