Britain diserang wabak 'selesema ganas'

Individu yang mempunyai rekod masalah kesihatan paling berisiko tinggi.
Individu yang mempunyai rekod masalah kesihatan paling berisiko tinggi.
A
A
A

LONDON – Britain kini berdepan gelombang 'selesema ganas' yang belum pernah berlaku, ketika kumpulan doktor residen merancang untuk melancarkan mogok selama lima hari pada minggu hadapan.

“Wabak itu melanda seluruh negara. Ia merupakan detik paling kritikal buat Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS),” kata Perdana Menteri, Keir Starmer.

Jumlah kes melonjak sebanyak 55 peratus dalam tempoh seminggu, dengan purata 2,660 pesakit dirawat di hospital setiap hari.

Sementara itu, Pengarah Perubatan Kebangsaan NHS, Meghana Pandit, berkata mereka kini berdepan senario terburuk sejak pandemik Covid-19.

Menteri Kesihatan, Wes Streeting, turut memberi amaran bahawa angka jangkitan berkemungkinan meningkat tiga kali ganda sebelum mencapai kemuncaknya.

“Hospital di seluruh negara tidak lagi dapat menampung kebanjiran pesakit,” ujarnya.

Difahamkan, golongan muda dan individu yang mempunyai masalah kesihatan lebih berisiko dijangkiti. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Britain berdepan gelombang 'selesema ganas' yang belum pernah berlaku
  • Kumpulan doktor residen merancang mogok lima hari
  • Jumlah kes meningkat 55% dalam seminggu
  • Pengarah Perubatan Kebangsaan NHS menyatakan ini sebagai senario terburuk sejak Covid-19
  • Angka jangkitan dikhuatiri meningkat tiga kali ganda sebelum mencapai kemuncak

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!