Malaysia robohkan tembok kebal Thailand, badi emas 34 tahun berakhir

[KEMAS KINI] PENANTIAN panjang selama 34 tahun akhirnya dinoktahkan apabila skuad sepak takraw negara berjaya merangkul pingat emas acara regu berpasukan pada temasya Sukan SEA Thailand 2025 pada Ahad.
Kejayaan tersebut disifatkan cukup manis dan penuh bermakna apabila ia dilakar di hadapan ribuan penyokong tuan rumah sekali gus meleburkan ego musuh tradisi yang juga juara bertahan, Thailand di bumi sendiri.
Dalam aksi final yang berlangsung sengit di Nakhon Pathom itu, regu negara mempamerkan semangat juang luar biasa untuk menundukkan Thailand dengan keputusan 2-1.
Kemenangan dramatik itu memastikan Jalur Gemilang kembali berkibar megah di puncak podium acara berprestij itu setelah sekian lama didominasi oleh lawan.
Untuk rekod, kali terakhir Malaysia merasai nikmat kilauan emas dalam acara regu adalah pada edisi Sukan SEA Manila 1991 di Filipina.
Sejak itu, skuad negara sering kempunan untuk menumbangkan Thailand yang dianggap sebagai kuasa besar sukan tersebut.
Ringkasan AI
- Penantian panjang selama 34 tahun akhirnya terlerai dengan skuad sepak takraw negara merangkul pingat emas acara regu pada Sukan SEA Thailand 2025
- Kejayaan ini disifatkan manis dan bermakna terutamanya kerana dilakar di bumi lawan, menewaskan Thailand
- Semangat juang luar biasa dipamerkan oleh regu negara dengan kemenangan 2-1 atas Thailand
- Kali terakhir Malaysia meraih emas dalam acara regu adalah pada Sukan SEA Manila 1991
- Sejak itu, Malaysia kerap gagal menumbangkan Thailand yang dianggap sebagai kuasa besar dalam sukan sepak takraw
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
