Kilang plastik musnah dalam kebakaran

Pemadaman dijalankan menggunakan sumber air daripada pili bomba dan jentera tangki air dengan lima aliran sepanjang 200 kaki serta 10 pancutan nozel digunakan.
Pemadaman dijalankan menggunakan sumber air daripada pili bomba dan jentera tangki air dengan lima aliran sepanjang 200 kaki serta 10 pancutan nozel digunakan.
A
A
A

PUNCAK ALAM - Kepulan asap tebal menggemparkan penduduk sekitar apabila sebuah kilang plastik musnah dalam kebakaran di Taman Industri Alam Jaya di sini, pada Sabtu.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 11.53 pagi sebelum jentera pertama tiba di lokasi kira-kira jam 12.27 tengah hari.

"Kebakaran melibatkan sebuah kilang plastik berkeluasan kira-kira 200 x 300 kaki persegi di Jalan Tiaj 3/1/3, Taman Industri Alam Jaya.

"Operasi pemadaman diketuai Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bestari Jaya dengan bantuan BBP Kapar, Kota Anggerik, Rawang, Batu Arang dan Petaling Jaya, selain Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Tasik Puteri serta Saujana Utama," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Katanya, kebakaran berjaya dikawal pada jam 1.30 petang dan sehingga jam 1.50 petang, kerja-kerja pemadaman serta pemeriksaan masih diteruskan bagi memastikan tiada sisa api.

"Pemadaman dijalankan menggunakan sumber air daripada pili bomba dan jentera tangki air dengan lima aliran sepanjang 200 kaki serta 10 pancutan nozel digunakan.

"Seramai 35 anggota terlibat dalam operasi pemadaman dengan kekuatan empat jentera Fire Rescue Tender (FRT), dua jentera water tanker, satu jentera Aerial Ladder Platform (ALP) dan tiga jentera PBS," katanya.

Menurutnya, setakat ini, tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian.

 

Artikel Berkaitan:

 

Ringkasan AI

  • Kepulan asap tebal dari kebakaran kilang plastik menggemparkan penduduk Taman Industri Alam Jaya
  • Kebakaran berlaku pada Sabtu dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia menerima panggilan kecemasan pada jam 11.53 pagi
  • Kilang plastik yang terbakar berkeluasan kira-kira 200 x 300 kaki persegi
  • Operasi pemadaman melibatkan beberapa Balai Bomba dan Penyelamat serta Pasukan Bomba Sukarela
  • Kebakaran berjaya dikawal pada jam 1.30 petang tanpa mangsa dilaporkan terlibat

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!