Sotong kurita peliharaan 'hebat' main piano

Tako mengikuti 'kelas bermain piano' sejak enam bulan lalu. Foto Agensi
Tako mengikuti 'kelas bermain piano' sejak enam bulan lalu. Foto Agensi
A
A
A

STOCKHOLM - Seorang ahli muzik menghabiskan masa selama enam bulan untuk 'mengajar' sotong kurita peliharaannya bermain piano.

YouTuber dari Sweden, Mattias Krantz turut berkongsi pencapaian haiwan digelar Takoyaki tersebut.

Menurut Krantz, dia membeli Takoyaki atau Tako pada Mac lalu.

"Saya mengambil masa agak lama untuk mendapatkan kepercayaan Tako. Ia akhirnya berkebolehan untuk bermain piano ciptaan saya walaupun pada mulanya agak kekok," katanya.

Tako semakin teruja selepas saya memasang 'crab elevator' dalam akuarium yang menempatkannya.

Peranti itu akan mengeluarkan ketam yang menjadi hidangan kegemarannya setiap kali not dimainkan.

Krantz kemudiannya mula bermain gitar untuk 'berkolaborasi' dengan Tako walaupun lagu yang dihasilkan haiwan itu agak caca marba.

"Ia satu perkara yang paling hebat pernah saya buat. Saya tidak menyangka dapat 'melatih' seekor sotong kurita," ujarnya lagi. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Seorang ahli muzik dari Sweden menghabiskan enam bulan untuk mengajar sotong kurita peliharaannya bermain piano
  • YouTuber itu, Mattias Krantz, membeli sotong kurita yang diberi nama Takoyaki pada Mac
  • Krantz mencipta piano khas dan mengambil masa untuk mendapatkan kepercayaan Takoyaki
  • Dia memasang 'crab elevator' dalam akuarium yang menyajikan ketam, makanan kegemaran Takoyaki, setiap kali piano dimainkan
  • Krantz berkolaborasi dengan Takoyaki dengan bermain gitar, menghasilkan muzik yang unik

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!