Lelaki maut nahas dua kenderaan

Anggota bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit (kiri) dan keadaan kereta jenis Honda City (kanan) yang remuk di bahagian hadapan. -Foto BBP Tangkak
Anggota bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit (kiri) dan keadaan kereta jenis Honda City (kanan) yang remuk di bahagian hadapan. -Foto BBP Tangkak
A
A
A

TANGKAK – Seorang lelaki maut dalam nahas melibatkan dua kenderaan di Lebuh AMJ KM 41/2 Tanjung Gading di sini pada Jumaat.

Menurut Komander Operasi, Penguasa Bomba Kanan 1 Azli Hashim, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian terbabit pada jam 2.56 petang.

Katanya, sebaik menerima panggilan tersebut satu jentera Fire Rescue Tender (FRT) dengan tujuh anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tangkak dikejarkan ke lokasi sejauh 20 kilometer (KM).

“Setibanya anggota bomba tiba ke lokasi, didapati kemalangan tersebut melibatkan dua kenderaan iaitu kereta jenis Proton Saga dan Honda City.

“Terdapat seorang mangsa tersepit di bahagian pemandu kereta Proton Saga. Mangsa yang tersepit kemudiannya berjaya dikeluarkan menggunakan peralatan khas, tapi mangsa disahkan meninggal dunia.

"Sementara itu, mangsa dari kereta Honda City yang cedera diserahkan kepada pihak perubatan untuk rawatan,” katanya.

Tambah Azli, mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis bagi tindakan selanjutnya.

“Keadaan di kawasan sekitar terkawal dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 3.45 petang,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Seorang lelaki maut dalam nahas melibatkan dua kenderaan di Lebuh AMJ KM 41/2 Tanjung Gading
  • Pihak bomba menerima panggilan kejadian pada jam 2.56 petang dan jentera Fire Rescue Tender dengan tujuh anggota dikejarkan ke lokasi
  • Kemalangan melibatkan dua kenderaan iaitu kereta jenis Proton Saga dan Honda City
  • Mangsa tersepit di dalam Proton Saga dikeluarkan tetapi disahkan meninggal dunia
  • Mangsa cedera dari Honda City diserahkan kepada pihak perubatan untuk rawatan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!