Pemandu lori maut nahas 11 kenderaan

MUAR - Seorang pemandu lori maut manakala 10 lagi selamat dalam kemalangan melibatkan 11 kenderaan di kilometer (KM) 130 Lebuhraya (PLUS) arah selatan selepas susur keluar kawasan rehat dan rawat (R&R) Pagoh di sini pada Sabtu.
Komander Operasi, Penguasa Bomba Kanan 2, Mohd Hafiz Mohd Shahid dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pagoh berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan berkenaan pada jam 6.23 pagi.
Menurutnya, sebaik menerima panggilan tersebut, satu jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan tujuh anggota dihantar ke lokasi sejauh 15 kilometer (KM).
"Sebaik tiba ke lokasi pada jam 6.43 pagi, didapati berlaku kemalangan jalan raya melibatkan 11 kenderaan.
"Seorang mangsa disahkan maut di tempat kejadian manakala 10 yang lain tidak mengalami kecederaan.
"Anggota bomba kemudiannya bertindak mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan khas," katanya.
Mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi ditamatkan pada jam
Kemalangan tersebut melibatkan lori Nissan UD yang dipandu mangsa, treler 40 kaki jenis Volvo (lelaki warga emas, 77), Mitsubishi Fuso (lelaki, 26), kereta jenis Honda (lelaki, 69), van Toyota (lelaki, 69), kereta jenis Axia (lelaki, 30), lori jenis Isuzu (lelaki, 38), kereta BMW (lelaki, 39 tahun), kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Alphard (lelaki, 39), lori jenis Hino (lelaki, 55 tahun) dan BMW (lelaki, 40 tahun).
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
