RM1.73 juta arak lari cukai dirampas

Antara yang dirampas dalam serbuan PGA di premis di Bukit Indah. - Foto PGA
Antara yang dirampas dalam serbuan PGA di premis di Bukit Indah. - Foto PGA
A
A
A

JOHOR BAHRU – Tiga lelaki tempatan ditahan dalam satu serbuan menerusi Operasi Taring Alpha 2 yang dijalankan Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 5 di Taman Bukit Indah di sini pada Selasa.

Pegawai Pemerintah Batalion 5 PGA, Superintendan Salehin Suleiman berkata, serbuan sekitar jam 3 petang itu dilakukan selepas pegawai dan anggota PGA menjalankan pemerhatian terhadap dua premis yang disyaki digunakan sebagai lokasi penyimpanan barangan kontraban.

"Pemeriksaan di lokasi membawa kepada penahanan tiga suspek berusia antara 18 hingga 39 tahun serta rampasan dua kenderaan iaitu sebuah Toyota Estima putih dan sebuah Toyota Innova hitam, masing-masing bersama kunci.

"Selain itu, polis turut merampas pelbagai jenis arak dipercayai tidak bercukai. Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM1.73 juta," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Salah sebuah kenderaan yang dirampas.
Salah sebuah kenderaan yang dirampas.

Salehin berkata, sindiket berkenaan dikesan membawa masuk bekalan arak dari zon bebas cukai sebelum memecahkannya mengikut pesanan pelanggan, selain menggunakan rumah sewa sebagai stor.

Dalam pada itu, beliau menggesa orang ramai supaya terus menyalurkan maklumat berkaitan jenayah, barangan kontraban dan kemasukan pendatang asing tanpa izin melalui talian hotline Pejabat Risik/Gerakan Batalion 5 PGA di 07-7557280.

 

Artikel Berkaitan:

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!