HONOR Magic 8 Pro Raih Fenomena ‘Sold Out’ di semua saluran

KUALA LUMPUR – HONOR mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai jenama teknologi yang pesat berkembang di Malaysia apabila berjaya muncul sebagai peneraju jualan telefon pintar nombor 1 negara, disusuli kejayaan mengekalkan kedudukan tiga teratas dalam segmen telefon pintar premium yang menjadi rebutan jenama global.
Kejayaan ini disifatkan sebagai pencapaian berganda buat HONOR selepas mencatat pertumbuhan kukuh melalui rangkaian produk lipat dan flagship skrin rata, termasuk model terbaharu HONOR Magic 8 Pro yang mencetuskan fenomena sehingga habis terjual di semua saluran sama ada fizikal dan dalam talian.
Hasil inovasi, kefahaman mendalam terhadap keperluan pengguna
Menurut HONOR, kejayaan menjadi jenama telefon pintar nombor 1 di Malaysia bukan sekadar peningkatan angka penghantaran, tetapi cerminan terhadap kepercayaan pengguna yang semakin memilih jenama itu sebagai rakan teknologi harian.

Melalui strategi produk yang menyeluruh daripada segmen pertengahan hingga flagship; HONOR berjaya memenuhi keperluan pelbagai peringkat pengguna. Pendekatan ini turut disokong inovasi konsisten dalam teknologi skrin, kamera, prestasi serta AI, yang menjadikan produknya lebih kompetitif dalam pasaran tempatan.
HONOR menyifatkan pencapaian ini sebagai bukti bahawa nilai yang ditawarkan, terutama dari aspek value for money, rekaan yang semakin premium dan teknologi yang semakin maju, kini mendapat pengiktirafan tinggi daripada pengguna Malaysia.
Kekal Top 3 dalam segmen premium
Selain menguasai jualan nasional, HONOR turut menunjukkan prestasi sangat positif dalam segmen telefon pintar premium, sekali gus menyaingi jenama-jenama besar yang mendominasi kategori tersebut.

Melalui pelaburan berterusan dalam teknologi kamera flagship, rekaan nipis dan ringan, serta pengalaman prestasi berteknologi tinggi, HONOR kini menjadi salah satu jenama yang paling pesat berkembang dalam segmen harga premium.
Pencapaian ini menunjukkan perubahan nilai jenama HONOR daripada sekadar dikenali kepada kini mula menjadi pilihan utama pengguna high-end.
Kedudukan ini juga memperlihatkan transformasi HONOR ke arah membina pengaruh lebih kukuh dalam pasaran premium, yang selama ini dikuasai beberapa pemain tradisional.
Magic 8 Pro curi tumpuan, laris tanpa henti sejak dilancarkan
Model flagship baharu HONOR Magic 8 Pro mencuri perhatian industri selepas pelancarannya. Model ini menerima sambutan luar biasa apabila mencatat jualan pantas di seluruh saluran rakan niaga, termasuk kedai fizikal, platform e-dagang dan pengedar utama di seluruh negara.
Beberapa rakan strategik melaporkan bahawa stok Magic 8 Pro ‘habis serta-merta’, menyebabkan proses penambahan stok terpaksa dilakukan berkali-kali bagi memenuhi permintaan pengguna.
Magic 8 Pro menarik perhatian kerana peningkatan menyeluruh meliputi:
- Rekaan estetik lebih premium
- Keupayaan kamera dan sistem pengimejan dinaik taraf
- Pengalaman AI lebih pintar dan efisien
- Prestasi bateri dipertingkatkan
- Kekuatan pemprosesan lebih berkuasa
Keupayaan produk yang lebih matang ini menyumbang secara langsung kepada peningkatan bahagian pasaran HONOR dalam segmen premium, memperkukuhkan lagi kedudukan jenama tersebut sebagai pencabar utama dalam kategori telefon berprestasi tinggi.
Kualiti dan jaminan sebagai teras kepercayaan pelanggan
Selain kekuatan produk, HONOR menegaskan bahawa kejayaan mereka juga disokong oleh komitmen terhadap kualiti menyeluruh. Bagi HONOR, kualiti bukan sekadar ketika produk dikeluarkan dari kilang, tetapi meliputi seluruh kitaran hayat peranti.

HONOR menekankan pendekatan closed-loop dalam jaminan kualiti:
Kawalan ketat dalam penyelidikan, rekaan dan pembuatan, memastikan setiap peranti kukuh dan boleh dipercayai.
Sokongan selepas jualan yang responsif dan menyeluruh, memastikan pengguna menerima bantuan dan servis terbaik selepas pembelian.
Dengan rangkaian selepas jualan yang diperluas dan lebih efisien, HONOR memastikan ketenangan fikiran pengguna sepanjang penggunaan peranti mereka.
HONOR sasar kukuhkan kedudukan sebagai jenama teknologi premium global
HONOR menyifatkan kejayaan di Malaysia bukan penamat, tetapi satu batu loncatan penting.
Dengan kekuatan momentum semasa, perluasan saluran, peningkatan sistem sokongan pengguna dan pembangunan ekosistem jenama yang semakin matang, HONOR kini semakin hampir mencapai sasaran untuk muncul sebagai jenama teknologi premium global.

HONOR turut menegaskan komitmen untuk terus memacu inovasi, memperkasakan pengalaman pengguna, dan memperkenalkan lebih banyak produk baharu yang membawa kemajuan teknologi sebenar kepada pengguna Malaysia.
Menurut HONOR, kejayaan ini adalah permulaan kepada perjalanan baharu yang lebih besar untuk jenama tersebut.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
