Aliff Syukri jual pokok pula!

SELEPAS laris produk kosmetik, set mandian dan penjagaan kulit, beg serta jeruk mangga yang dijualmnya, usahawan terkemuka iaitu Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman kini menjual pokok pula.
Demikian perkongsian isterinya, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid menerusi video yang dimuat naik di TikTok pada Rabu.
Video itu memperlihatkan Nur Shahida merakam momen salah seorang pekerjanya sedang memotong keratan pokok yang ditanam di hadapan kediaman mereka.
Bagaimanapun, perkara paling mencuri perhatian ramai ialah reaksi beliau setelah mengetahui keratan pokok itu sebenarnya mahu dijual oleh Aliff Syukri.
"Aku sebenarnya geram tau, pagi tadi habis pokok-pokok aku dijual Aliff Syukri. Pokok depan rumah aku yang sepatutnya dibuang pun dia jual. Aku tak tahu lah, kalau dah Aliff Syukri.
"Habis semua dia jual, kali ini pokok pula. Tengoklah dia punya kedekut berniaga tak ada modal, pokok aku pun dia jual," seloroh isteri jutawan itu lagi.
Melihat ke ruangan komen, rata-rata warganet mengakui terhibur melihat gelagat pasangan suami isteri berkenaan.
Bukan itu sahaja, tidak kurang juga yang menyifatkan Aliff Syukri sebagai usahawan yang sangat kreatif dan bijak mengambil peluang dengan menjual apa sahaja barangan asalkan menjana keuntungan.
Tidak terhenti di situ, difahamkan 50 keratan pokok 'terlajak laris' dalam masa hanya tiga saat di platform TikTok pada hari pertama jualan.
Ringkasan AI
- Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman menjual pokok
- Isterinya Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid berkongsi video di TikTok
- Nur Shahida terkejut mengetahui pokok di depan rumah mereka dijual
- Reaksi warganet terhibur dengan gelagat pasangan tersebut
- 50 keratan pokok terjual dalam masa tiga saat di TikTok
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

