Seorang lagi suspek kes tembak dalam kereta ditahan

SEREMBAN - Seorang lagi suspek yang dipercayai terlibat dalam kes tembak dua lelaki di dalam kereta di Jalan Rasah menghala Plaza Tol Port Dickson pada Rabu, telah ditahan pada Khamis, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan suspek yang ditahan setakat ini tiga individu.
Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, tiga lelaki tempatan berusia antara 30 ke 40 tahun ditahan di sekitar Nilai, Seremban dan Port Dickson.
"Kesemua tangkapan telah dibawa ke Mahkamah Seremban hari ini untuk permohonan reman.
"Mahkamah telah membenarkan reman selama lima hari terhadap kesemua suspek bermula 11 hingga 15 Disember untuk membantu siasatan.
"Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan / Sek 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971,"katanya.
Sebelum ini Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Azahar Abdul Rahim dilaporkan berkata, tidak menolak kemungkinan motif kejadian dipercayai dendam, namun siasatan masih dilakukan.
Beliau turut memaklumkan yang sepucuk pistol dipercayai digunakan dalam kejadian terbabit telah dirampas.
Ringkasan AI
- Seorang lagi suspek kes tembak dua lelaki di Jalan Rasah ditahan menjadikan jumlah tiga suspek
- Tiga lelaki tempatan berusia 30-40 tahun ditahan di Nilai, Seremban dan Port Dickson
- Tangkapan dibawa ke Mahkamah Seremban untuk permohonan reman
- Reman diluluskan selama lima hari dari 11 hingga 15 Disember
- Siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Akta Senjata Api
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

