Zulfikri sambar perak acara 'cross country'

Zulfikri menghadiahkan pingat perak untuk Malaysia. Foto: MSN
Zulfikri menghadiahkan pingat perak untuk Malaysia. Foto: MSN
A
A
A

PELUMBA berbasikal bukit (MTB) negara, Zulfikri Zulkifli menambah koleksi pingat kontinjen negara selepas meraih pingat perak acara cross country Sukan SEA Thailand 2025 pada Khamis.

Dalam saingan di Zoo Terbuka Khao Kheow, Choburi pada Khamis, Zulfikri mempamerkan kayuhan bertenaga untuk menamatkan cabaran dengan catatan masa 1 jam 35.277 saat, ketinggalan 3.587s di belakang pemenang pingat emas Rendy Varera dari Indonesia.

Pingat gangsa dimenangi Mark Louwel dari Frilipina dengan 1:41.859s.

Ia merupakan pingat pertama kem berbasikal bukit negara pada temasya kali ini, selepas berputih mata semalam dalam acara downhill wanita. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Pelumba berbasikal bukit negara Zulfikri Zulkifli meraih pingat perak acara cross country Sukan SEA Thailand 2025
  • Acara berlangsung di Zoo Terbuka Khao Kheow, Choburi
  • Zulfikri mencatat masa 1 jam 35.277 saat
  • Rendy Varera dari Indonesia menang pingat emas
  • Pingat gangsa dimenangi oleh Mark Louwel dari Filipina

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!