78 ADUN Sabah termasuk enam dilantik selesai angkat sumpah

KOTA KINABALU - Seramai 78 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) termasuk enam ADUN Dilantik selesai mengangkat sumpah di hadapan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah Datuk Seri Kadzim M Yahya di sini pada Khamis.
Secara keseluruhan, DUN Sabah mempunyai 79 kerusi, namun satu kerusi iaitu DUN Lamag diisytihar kosong berikutan kematian penyandangnya Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin pada Jumaat lalu.
Upacara mengangkat sumpah didahulu Ketua Menteri merangkap ADUN Sulaman, Datuk Seri Hajiji Noor disusuli tiga timbalannya iaitu Datuk Seri Joachim Gunsalam (ADUN Kundasang), Datuk Seri Masidi Manjun (ADUN) Karanaan) dan Datuk Ewon Benedick (ADUN Kadamaian)

Turut mengangkat sumpah tujuh lagi ADUN yang memegang jawatan sebagai menteri iaitu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif; Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk James Ratib dan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Rubin Balang.
Diikuti Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan, Datuk Jamawi Jaafar; Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Jafry Ariffin; Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan dan Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk Julita Mojungki.
Angkat sumpah kemudian disusuli dengan Ketua Pembangkang dari Parti Warissan yang juga ADUN Senallang, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan kesemua ADUN termasuk dari Parti Solidariti Tanah Airku, Perikatan Nasional (PN),
Sementara itu, enam ADUN Dilantik yang turut mengangkat sumpah iaitu Datuk Mohamed Razali Mohamed Razi; Datuk Caesar Mandela Malakun; Datuk Abdul Kassim Razali; Datuk Roger Chin; Datuk Ir Chin Shu Ying dan Grace Lee Li Mei.
Ringkasan AI
- Seramai 78 ADUN termasuk enam ADUN dilantik mengangkat sumpah di Sabah
- Satu kerusi DUN Sabah kosong selepas kematian Datuk Seri Bung Moktar Radin
- Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dan tiga timbalannya mengangkat sumpah pertama
- Tujuh menteri turut mengangkat sumpah
- Ketua Pembangkang, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal termasuk dalam kalangan yang mengangkat sumpah
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
