Dialog dengan MCA mungkin dibincang pada mesyuarat Kerja Pas Pusat- Timbalan Mursyidul Am

Ahmad (tiga dari kanan) memeriksa air semasa sesi Lawatan Kerja ke Tapak Tangki Kampung Laut di Tumpat pada Khamis.
Ahmad (tiga dari kanan) memeriksa air semasa sesi Lawatan Kerja ke Tapak Tangki Kampung Laut di Tumpat pada Khamis.
A
A
A

TUMPAT - Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Ahmad Yakob tidak menolak kemungkinan dialong dengan MCA menjadi antara perkara yang akan dibincangkan pada mesyuarat Kerja Pas Pusat pada Sabtu ini.

Beliau berkata, cadangan yang dikemukakan oleh Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari untuk mengadakan dialog itu tepat bagi membolehkan MCA mendapat maklumat jelas mengenai parti tersebut.

"Sebenarnya selama ini tiada penjelasan yang jelas melibatkan dasar-dasar Pas sehingga ada menjadi takut dengan kita (Pas). Insya-ALLAH dengan adanya dialog dan penjelasan daripada Pas Pusat ia dapat menjernihkan keadaan," katanya semasa sidang akhbar ketika ditemui pada Lawatan Kerja ke Tapak Tangki Kampung Laut di sini pada Khamis.

Menurut Ahmad apabila perkara itu sudah dijelaskan orang bukan Islam akan dapat menerima Pas sebagaimana yang telah dilakukan oleh penduduk bukan Islam di Kelantan.

Ujarnya, situasi itu dapat dilihat apabila golongan bukan Islam memberikan sokongan padu kepada pentadbiran Pas Kelantan.

Sinar Harian 8 Disember lalu melaporkan, Pas sentiasa terbuka untuk berdialog dengan mana-mana pihak bagi menjelaskan dasar sekali gus merungkaikan sebarang kekeliruan yang timbul.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Ahmad Yakob tidak menolak kemungkinan dialog dengan MCA akan dibincangkan dalam mesyuarat Pas Pusat
  • Cadangan dialog oleh Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari untuk menjernihkan maklumat tentang Pas kepada MCA
  • Pas ingin menjelaskan dasar-dasarnya untuk menghilangkan ketakutan dan salah faham terhadap parti
  • Orang bukan Islam akan dapat menerima Pas apabila diberikan penjelasan yang jelas, seperti yang berlaku di Kelantan
  • Golongan bukan Islam di Kelantan memberikan sokongan kepada pentadbiran Pas, menunjukkan kemungkinan positif dialog tersebut

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!