Harga runcit produk petroleum turun 2 sen

Harga RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel turun dua sen seliter bagi tempoh 11 hingga 17 Disember. Gambar hiasan
Harga RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel turun dua sen seliter bagi tempoh 11 hingga 17 Disember. Gambar hiasan
A
A
A

PUTRAJAYA - Harga runcit petrol RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel turun sebanyak dua sen seliter bagi tempoh 11 Disember hingga 17 Disember ini susulan perubahan harga pasaran minyak dunia.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan pada Rabu memaklumkan harga runcit RON97 ditetapkan kepada RM3.27 seliter manakala RON95 sebanyak RM2.64 seliter di seluruh negara.

Harga runcit petrol bersubsidi RON95 di bawah Budi Madani RON95 (BUDI95) kekal pada RM1.99 seliter.

Menurut kenyataan itu, harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia ditetapkan kepada RM3.06 seliter manakala harga runcit diesel Sabah, Sarawak dan Labuan kekal kepada RM2.15 seliter bagi tempoh yang sama.

"Penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara," katanya.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Harga runcit petrol RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel turun sebanyak dua sen seliter dari 11 Disember hingga 17 Disember
  • Harga runcit RON97 ditetapkan kepada RM3.27 seliter dan RON95 sebanyak RM2.64 seliter
  • Harga runcit petrol bersubsidi RON95 kekal pada RM1.99 seliter
  • Harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia ditetapkan kepada RM3.06 seliter dan di Sabah, Sarawak, dan Labuan kekal RM2.15 seliter
  • Kerajaan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik untuk menetapkan harga runcit produk petroleum secara mingguan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!