Hujan berterusan tahap waspada di Johor, Sarawak hingga esok

MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada yang dijangka melanda beberapa kawasan di Johor dan Sarawak hingga esok. - Foto hiasan
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada yang dijangka melanda beberapa kawasan di Johor dan Sarawak hingga esok. - Foto hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada yang dijangka melanda beberapa kawasan di Johor dan Sarawak hingga esok.

Ketua Pengarah MetMalaysia, Dr Mohd Hisham Mohd Anip menerusi kenyataan pada Ahad berkata, hujan berterusan dijangka berlaku di Johor melibatkan daerah Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

Di Sarawak, daerah terlibat ialah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman (Sri Aman), Betong, Sarikei (Pakan, Sarikei dan Meradong) serta Sibu (Sibu dan Selangau).

Sementara itu, beberapa daerah lain di negeri berkenaan iaitu Mukah, Bintulu dan Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) pula diramal mengalami hujan berterusan tahap waspada hingga 9 Disember ini.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman sesawang rasmi MetMalaysia, aplikasi myCuaca atau menerusi platfom media sosial jabatan itu, selain menghubungi talian hotline 1-300-22-1638 bagi sebarang pertanyaan.- Bernama

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Johor dan Sarawak
  • Hujan berterusan dijangka berlaku di daerah Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru
  • Di Sarawak, daerah terlibat ialah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei serta Sibu
  • Beberapa daerah lain di Sarawak seperti Mukah, Bintulu dan Miri mengalami hujan berterusan tahap waspada hingga 9 Disember ini
  • Maklumat cuaca terkini boleh didapatkan melalui laman sesawang MetMalaysia, aplikasi myCuaca atau media sosial jabatan itu

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!