23 maut dalam kebakaran kelab malam di India

Kebakaran pada Sabtu itu dilaporkan berpunca daripada letupan silinder.
Kebakaran pada Sabtu itu dilaporkan berpunca daripada letupan silinder.
A
A
A

NEW DELHI - Seramai 23 orang maut dalam kebakaran yang berlaku di sebuah kelab malam di negeri pelancongan Goa di barat India, lapor Anadolu Ajansi (AA) memetik kenyataan pegawai.

Kejadian itu berlaku pada tengah malam Sabtu di daerah Arpora, menurut Ketua Menteri Goa, Pramod Sawant menerusi hantaran di X.

"Hari ini adalah hari yang amat menyedihkan bagi kita semua di Goa. Insiden kebakaran besar di Arpora telah meragut 23 nyawa,” katanya.

Selepas melawat lokasi kejadian, Sawant berkata, beliau telah mengarahkan siasatan dijalankan.

"Mereka yang didapati bertanggungjawab akan dikenakan tindakan paling tegas mengikut undang-undang - sebarang kecuaian akan ditangani dengan tegas,” katanya.

Kebakaran pada Sabtu itu dilaporkan berpunca daripada letupan silinder, menurut Press Trust of India. - Bernama

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Kebakaran di kelab malam di Goa, India, meragut 23 nyawa
  • Kebakaran berlaku pada tengah malam Sabtu di daerah Arpora
  • Ketua Menteri Goa, Pramod Sawant, mengumumkan insiden tersebut sebagai hari yang menyedihkan
  • Sawant telah mengarahkan siasatan untuk dijalankan
  • Kebakaran dipercayai berpunca daripada letupan silinder

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!