Keluarga pengantin bergaduh gara-gara pencuci mulut habis

Mereka turut melemparkan pelbagai objek ketika kekecohan tersebut. - Foto Agensi
Mereka turut melemparkan pelbagai objek ketika kekecohan tersebut. - Foto Agensi
A
A
A

PATNA - Sebuah majlis perkahwinan yang sepatutnya berlangsung meriah bertukar huru-hara selepas pergaduhan tercetus hanya kerana hidangan pencuci mulut yang tidak mencukupi.

Menurut laporan NDTV, insiden itu berlaku di sebuah hotel di perkampungan Bodh Gaya di negeri Bihar, India pada akhir November.

Rakaman sistem kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan kekecohan itu yang dikongsi di platform X turut menjadi tular.

"Pertengkaran berlaku selepas keluarga pengantin perempuan mengadu bekalan manisan popular rasgulla di kaunter makanan sudah habis.

"Para tetamu kemudiannya membaling pelbagai objek termasuk kerusi plastik dan pinggan. Ada juga yang saling menumbuk dan menyepak antara satu sama lain.

"Pasangan pengantin sedang menuju ke dewan perkahwinan itu ketika kekecohan itu berlaku. Beberapa tetamu cuba menyuraikan mereka hingga menyebabkan sejumlah individu cedera," jelas laporan itu lagi.

Sementara itu, polis mengesahkan keluarga pengantin perempuan bertegas mahu memfailkan aduan selepas pihak lelaki membatalkan majlis tersebut.

Ibu pengantin lelaki juga mendakwa keluarga perempuan sempat 'melarikan' barang kemas yang sepatutnya menjadi hadiah buat bakal menantunya. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Majlis perkahwinan di Bihar, India bertukar huru-hara kerana hidangan pencuci mulut rasgulla tidak mencukupi
  • Insiden pergaduhan direkam oleh CCTV dan menjadi tular di platform X
  • Pertengkaran bermula apabila keluarga pengantin perempuan mengadu kehabisan manisan rasgulla
  • Tetamu membaling objek dan bertumbuk menyebabkan beberapa individu cedera
  • Polis terlibat selepas keluarga pengantin perempuan ingin memfailkan aduan kerana majlis dibatalkan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!