Mayat remaja lelaki lemas ketika cuba ambil bola akhirnya ditemukan

KUALA LUMPUR, - Seorang remaja lelaki yang sebelum ini dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus deras ketika cuba mengambil bola di dalam longkang, di Taman Prima Saujana, Kajang, Khamis lepas, ditemukan lemas, malam ini.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisoner Naazron Abdul Yusof berkata, mayat remaja berusia 14 tahun itu dijumpai tersangkut pada konkrit di kawasan kolam takungan air di Taman Prima Saujana pada jam 8.35 malam.
"Mayat mangsa dibawa ke Hospital Kajang untuk proses bedah siasat," katanya ketika dihubungi Bernama.
Dalam kejadian Khamis lepas, dua beradik lelaki berusia 12 dan 14 tahun dikhuatiri lemas selepas terjatuh dan dihanyutkan arus deras ketika cuba mengambil bola di dalam longkang besar di Lorong 1/3A, Taman Prima Saujana.
Mayat mangsa berusia 12 tahun ditemukan pada jam 7.47 malam pada hari kejadian di Sungai Merbau, Kampung Sungai Kantan, Kajang kira-kira dua kilometer dari lokasi kejadian dan disahkan meninggal dunia di Hospital Kajang pada 10 malam. - Bernama
Ringkasan AI
- Remaja lelaki 14 tahun yang dilaporkan hilang di Taman Prima Saujana, Kajang ditemukan lemas
- Mayat remaja tersebut dijumpai tersangkut pada konkrit di kawasan kolam takungan air
- Kejadian berlaku ketika mangsa cuba mengambil bola di dalam longkang dan dihanyutkan arus deras
- Mayat mangsa dibawa ke Hospital Kajang untuk proses bedah siasat
- Adik mangsa yang berumur 12 tahun juga lemas dalam kejadian yang sama dan mayatnya ditemukan di Sungai Merbau
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
