Kanak-kanak lima tahun dipercayai lemas di kolam rumah kelab ketika program Tabika

Kejadian berlaku kira-kira jam 12.15 tengah hari Sabtu ketika mangsa mandi di kolam renang berhampiran Dewan Mahkota Hills Club House, Taman Senangin, Lenggeng. Gambar hiasan
Kejadian berlaku kira-kira jam 12.15 tengah hari Sabtu ketika mangsa mandi di kolam renang berhampiran Dewan Mahkota Hills Club House, Taman Senangin, Lenggeng. Gambar hiasan
A
A
A

SEREMBAN – Majlis penyampaian hadiah sebuah Tabika Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) bertukar tragedi apabila seorang murid perempuan berusia lima tahun ditemui tidak sedarkan diri, dipercayai lemas di kolam renang Dewan Mahkota Hills Club House, Taman Senangin, Lenggeng, di sini pada Sabtu.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 12.15 tengah hari ketika mangsa mandi di kolam renang berhampiran dewan berkenaan.

"Ketika majlis penyampaian hadiah tabika terbabit, kanak-kanak itu sedang mandi bersama rakan-rakannya.

“Namun secara tiba-tiba, mangsa hilang daripada penglihatan ibunya yang kemudian menemui kanak-kanak itu dalam keadaan tidak bergerak di dalam kolam," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Menurutnya, bantuan pernafasan dari mulut ke mulut (CPR) telah diberikan oleh orang awam sebelum ambulans membawanya ke Hospital Tuanku Jaafar(HTJ) di sini untuk tindakan lanjut.

Jelasnya, kira-kira jam 1.06 tengah hari, mangsa tiba di Zon Merah Jabatan Kecemasan HTJ dan sekali lagi diberi rawatan CPR, namun telah disahkan meninggal dunia.

"Laporan polis berkaitan kejadian itu yang dibuat oleh ibu mangsa telah dirujuk kepada Bahagian Siasatan Jenayah pada jam 3.32 petang.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 dan mati mengejut(SDR). Perkembangan lanjut akan dimaklumkan selepas siasatan dijalankan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Seorang murid perempuan berusia lima tahun ditemui tidak sedarkan diri, dipercayai lemas di kolam renang Dewan Mahkota Hills Club House
  • Kejadian berlaku kira-kira jam 12.15 tengah hari ketika majlis penyampaian hadiah Tabika Kemas
  • Kanak-kanak itu sedang mandi bersama rakan-rakannya ketika kejadian
  • Bantuan pernafasan dari mulut ke mulut (CPR) telah diberikan sebelum mangsa dibawa ke hospital
  • Mangsa disahkan meninggal dunia dan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!