Ancelotti sasar permulaan sempurna selepas undian Piala Dunia

Carlo Ancelotti - Foto: Agensi
Carlo Ancelotti - Foto: Agensi
A
A
A

PENGURUS Brazil, Carlo Ancelotti berkata pasukannya bertekad memenangi ketiga-tiga perlawanan peringkat kumpulan pada Piala Dunia FIFA tahun depan di Amerika Syarikat, Mexico dan Kanada, lapor Xinhua.

Undian Piala Dunia pada Jumaat di Washington menempatkan juara lima kali itu dalam Kumpulan C bersama Haiti, Scotland dan Maghribi, yang mara ke separuh akhir pada 2022.

"Kami perlu berfikir untuk memenangi semua tiga perlawanan. Maghribi adalah pasukan paling sukar dalam kumpulan ini, tetapi kami perlu yakin,"  kata Ancelotti kepada pemberita.

Bekas ketua jurulatih Real Madrid itu menyifatkan kumpulan Brazil sebagai mencabar sambil menekankan bahawa persiapan rapi amat penting bagi memastikan mereka mara ke pusingan kalah mati.

"Ia agak sukar. Maghribi menampilkan aksi mengagumkan pada Piala Dunia lalu dan Scotland juga memiliki pasukan yang sangat mantap.

"Ia akan menjadi sukar, tetapi perancangan kami ialah bermain dengan baik dan muncul juara kumpulan. Kami perlu membuat persiapan yang betul untuk memastikan kami memulakan kejohanan dengan langkah yang tepat. Perlawanan pertama sangat penting," kata jurulatih Itali berusia 66 tahun itu.

Brazil layak ke Piala Dunia selepas menamatkan saingan kumpulan kelayakan Amerika Selatan 10 pasukan di tempat kelima. - Bernama

 

 

Artikel Berkaitan:

 

 

 

 

Ringkasan AI

  • Pengurus Brazil, Carlo Ancelotti bertekad memenangi ketiga-tiga perlawanan peringkat kumpulan di Piala Dunia
  • Brazil berada dalam Kumpulan C bersama Haiti, Scotland dan Maghribi
  • Ancelotti menyatakan Maghribi sebagai pasukan paling sukar di kumpulan tersebut
  • Ancelotti menekankan pentingnya persiapan rapi untuk mara ke pusingan kalah mati
  • Brazil layak ke Piala Dunia selepas menamatkan saingan kumpulan kelayakan Amerika Selatan di tempat kelima

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!