Ribuan hadir solat jenazah Bung Moktar

Ahmad Zahid mengusung jenazah Bung Moktar keluar dari Masjid Bandaraya Kota Kinabalu.
Ahmad Zahid mengusung jenazah Bung Moktar keluar dari Masjid Bandaraya Kota Kinabalu.
A
A
A

KOTA KINABALU - Ribuan jemaah menghadiri solat jenazah Ahli Parlimen Kinabatangan merangkap bekas Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Bung Moktar Radin yang berlangsung di Masjid Bandaraya Kota Kinabalu di sini pada Jumaat.

Solat jenazah itu dilaksanakan sejurus selesai solat Jumaat dan diimamkan oleh Imam Besar Masjid Negeri, Imam Suhaidi Kuanting.

Turut hadir menunaikan solat jenazah ialah Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman; Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Masidi Manjun serta beberapa pemimpin lain.

Jenazah kemudian dijadualkan dibawa ke Tanah Perkuburan Kampung Likas untuk urusan pengebumian.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Ribuan jemaah menghadiri solat jenazah Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin
  • Solat jenazah dilaksanakan sejurus selesai solat Jumaat
  • Diimamkan oleh Imam Besar Masjid Negeri, Imam Suhaidi Kuanting
  • Hadir menunaikan solat jenazah termasuk Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
  • Jenazah dijadualkan dibawa ke Tanah Perkuburan Kampung Likas untuk urusan pengebumian

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!