Suasana hiba di hospital, jenazah Bung Moktar akan dibawa ke kediamannya di Damai

KOTA KINABALU - Suasana hiba di sekitar pekarangan Hospital Gleneagles, di sini, selepas Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin meninggal dunia sebentar tadi.
Kelihatan Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir dan Setiausaha UMNO Sabah, Datuk Jafry Ariffin turut berada di lokasi.
Difahamkan, jenazah Ahli Parlimen Kinabatangan itu akan dibawa ke kediamannya di Damai.
"Jenazah kini sedang menunggu untuk dibawa ke rumahnya," kata kedua-dua pemimpin tersebut.
Allahyarham Bung Moktar menghembuskan nafas terakhir pada 5 Disember 2025, jam 1.46 pagi ketika menerima rawatan di sebuah hospital swasta di Kota Kinabalu selepas mengalami kegagalan fungsi buah pinggang dan jangkitan teruk pada paru-paru.
Ringkasan AI
- Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin meninggal dunia
- Berlangsung suasana hiba di pekarangan Hospital Gleneagles Kota Kinabalu
- Ketua Penerangan dan Setiausaha UMNO Sabah hadir di lokasi
- Jenazah akan dibawa ke kediaman di Damai
- Bung Moktar meninggal akibat kegagalan fungsi buah pinggang dan jangkitan paru-paru
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
