Amorim bengang, kecewa United lepaskan gol mudah

Amorim
Amorim
A
A
A

PENGENDALI Manchester United, Ruben Amorim, kecewa dan marah selepas menyaksikan pasukannya dibolosi gol penyamaan lewat permainan ketika seri 1-1 menentang West Ham di Old Trafford pada awal pagi Jumaat.

Jaringan Soungoutou Magassa pada minit ke-83 memadamkan kelebihan gol pembukaan Diogo Dalot, sekali gus menyebabkan United berputih mata untuk melonjak ke kedudukan lima teratas Liga Perdana Inggeris.

Amorim nyata kesal dengan cara pasukannya melepaskan gol mudah tersebut yang berpunca daripada satu hantaran jauh yang gagal ditangani dengan baik oleh barisan pertahanan The Red Devils.

“Kecewa, marah, itu sahaja,” kata jurulatih kelahiran Portugal itu ringkas ketika diminta mengulas mengenai perlawanan tersebut.

Amorim berang dengan punca gol West Ham yang bermula daripada situasi bola hantaran jauh yang kelihatan tidak berbahaya.

Namun, selepas bola tersebut melepasi jangkauan Leny Yoro, Jarrod Bowen berjaya memenangi sepakan penjuru yang kemudiannya disempurnakan oleh Magassa menerusi situasi set-piece.

“Ada perlawanan yang mana kita hilang kawalan pada separuh masa kedua, tetapi hari ini bukan itu kesnya.

“Selepas gol pertama, kami tewas dalam perebutan bola kedua. Kami cuba bertahan jauh dari pintu gol sepanjang masa.

“Gol itu berpunca daripada bola jauh. Mereka memenangi bola kedua walaupun dikawal tiga pemain kami, jadi kami perlu melakukan dengan lebih baik. Kami tidak boleh membiarkan pasukan yang mempunyai fizikal jauh lebih tinggi mendapat sepakan penjuru seperti itu,” ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Keputusan seri itu menyaksikan United kini kekal di tangga kelapan liga sebelum berkunjung ke Molineux untuk bertemu Wolves pada Selasa.

Ringkasan AI

  • Ruben Amorim kecewa selepas Manchester United seri 1-1 dengan West Ham Gol penyamaan oleh Soungoutou Magassa pada minit ke-83 gagalkan United naik lima teratas Liga Perdana Amorim kesal dengan cara pertahanan gagal tangani bola hantaran jauh Gol itu timbul akibat kelemahan pertahanan United dalam menangani situasi bola set-piece Keputusan seri mengekalkan United di tangga kelapan liga

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!