Zizie Izette tiba dalam esakan, tatap suami buat kali terakhir

KOTA KINABALU - Hanya esakan tangisan kedengaran sebaik Datin Seri Zizie Izette A Samad tiba di pekarangan kediaman Idang Residen, Luyang di sini untuk menatap jenazah suaminya, Datuk Seri Bung Moktar Radin buat kali terakhir.
Zizie Izette yang juga pelakon tiba di kediaman itu sekitar jam 9.30 pagi bersama empat anak mereka, sebelum bergegas memasuki ruang tamu tempat jenazah ditempatkan.

Beliau turut dilihat memeluk madunya, Datin Seri Nor Asidah Alimuddin sejurus melangkah masuk dalam suasana penuh sebak dan hiba.
Ringkasan AI
- Zizie Izette tiba di kediaman bersama empat anak untuk menatap jenazah suami
- Zizie Izette memeluk madunya, Datin Nor Asidah Alimuddin dalam suasana hiba
- Kedatangan mereka ke kediaman Idang Residen, Luyang adalah untuk upacara penghormatan
- Zizie Izette dan anak-anaknya baru tiba dari Kuala Lumpur
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
