Imigresen sambut baik terima elaun khas

KHAIRUL DZAIMEE
KHAIRUL DZAIMEE
A
A
A

PUTRAJAYA - Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) menyambut baik pemberian elaun khas kepada pegawai dan anggotanya yang bertugas di barisan hadapan sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, pihaknya mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di atas pemberian elaun terbabit.

"Di bawah PKP, Imigresen berperanan menyekat kemasukan warga asing dan melarang rakyat Malaysia melakukan perjalanan ke luar negara.

"Pelbagai cabaran terpaksa dihadapi oleh pegawai-pegawai Imigresen dalam melaksanakan arahan ini.

"Oleh itu, pemberian elaun khas yang diumumkan tentunya mencerminkan keprihatinan kerajaan dan kami sangat menghargainya," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: PM umum Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat RM250 bilion

Hari ini, Perdana Menteri mengumumkan kerajaan bersetuju memanjangkan elaun khas sebanyak RM200 sebulan kepada anggota tentera, polis, kastam, imigresen, anggota Angkatan Pertahanan Awam serta anggota Rela yang terlibat secara langsung dalam melaksanakan PKP.

Elaun ini juga akan dibayar mulai 1 April 2020 sehingga wabak Covid-19 berakhir dan dianggarkan seramai 169,000 kakitangan tambahan akan mendapat manfaat ini.

Artikel Berkaitan: