Bung Moktar meninggal dunia

KOTA KINABALU - Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin disahkan telah meninggal dunia pada jam 1.46 pagi tadi.
Pemergian Ahli Parlimen Kinabatangan berusia 66 tahun itu disahkan oleh anaknya, Naim Kurniawan menerusi hantaran di Facebooknya.
"Assalamualaikum. Dengan penuh dukacita dimaklumkan bahawa ayahanda kami, Moktar bin Radin, telah menghembuskan nafas terakhir pada 05 Disember 2025, jam 1.46 pagi (14 Jamadilakhir 1447H).
"Mohon semua mendoakan agar roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama mereka yang beriman. Al-Fatihah," tulisnya.
Bung Moktar sebelum itu menerima rawatan di sebuah hospital swasta di Kota Kinabalu selepas mengalami kegagalan fungsi buah pinggang dan jangkitan teruk pada paru-paru.
Ringkasan AI
- Ketua UMNO Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin meninggal dunia jam 1.46 pagi
- Pemergian berusia 66 tahun itu disahkan oleh anaknya di Facebook
- Meninggal pada 05 Disember 2025
- Bung Moktar menerima rawatan untuk kegagalan fungsi buah pinggang dan jangkitan paru-paru
- Diminta doakan agar rohnya dicucuri rahmat
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
