Rakun mabuk selepas pecah masuk kedai arak

Seekor rakun ditemui tidak sedarkan diri akibat terlalu mabuk minum arak. Foto: BBC/Hanover County Animal Protection and Shelter
Seekor rakun ditemui tidak sedarkan diri akibat terlalu mabuk minum arak. Foto: BBC/Hanover County Animal Protection and Shelter
A
A
A

WASHINGTON - Pekerja sebuah kedai arak di Virginia, Amerika Syarikat dikejutkan dengan insiden luar biasa apabila premis mereka dimasuki seekor rakun, Sabtu lalu.

Menurut laporan BBC, haiwan berkenaan ditemui tidak sedarkan diri dalam tandas akibat terlalu mabuk selepas meneguk minuman keras jenis scotch berdasarkan kesan botol arak yang pecah.

Kejadian berlaku apabila kedai ABC Ashland yang ditutup sempena sambutan Hari Thanksgiving.

Pegawai Perlindungan Haiwan Hanover County Samantha Martin berkata, haiwan tersebut dipercayai terjatuh daripada siling premis terbabit.

"Hanya satu imej kamera litar tertutup (CCTV) kabur berjaya merakam insiden tersebut. Namun tidak dapat dipastikan berapa banyak alkohol yang sempat diminum rakun itu sebelum ditemui pengsan," katanya.

Haiwan berkenaan yang tidak mengalami sebarang kecederaan kemudian dilepaskan dalam keadaan selamat selepas beberapa jam tidur.

Rakun terkenal dengan kaki yang cekap untuk memegang objek dan merupakan haiwan asli Amerika Utara.

Ia bersifat nokturnal serta sering menggeledah tong sampah dan kawasan sekitar bagi mencari sumber makanan.

 

Artikel Berkaitan:

 

Ringkasan AI

  • Rakun mabuk terjebak dalam sebuah kedai arak di Virginia, Amerika Syarikat
  • Haiwan ini ditemui tidak sedarkan diri di tandas selepas meneguk scotch
  • Insiden berlaku semasa kedai ABC Ashland ditutup untuk Hari Thanksgiving
  • Dipercayai rakun itu terjatuh dari siling kedai
  • Rakun dilepaskan selamat setelah beberapa jam tidur tanpa kecederaan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!