PPZ-MAIWP lancar YEZ 2025

Dari kiri, Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Datuk Mohd Nizam Yahya; Pengerusi MAIWP, Datuk Syed Kamarulzaman Syed Kabeer; Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Datuk Abdul Hakim Amir Osman dan Ahli MAIWP, Tan Sri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir ketika pelancaran YEZ 2025 sempena Karnival Usahawan Al Falah Madani di Aeon Mall AU2, Setiawangsa.
Dari kiri, Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Datuk Mohd Nizam Yahya; Pengerusi MAIWP, Datuk Syed Kamarulzaman Syed Kabeer; Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Datuk Abdul Hakim Amir Osman dan Ahli MAIWP, Tan Sri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir ketika pelancaran YEZ 2025 sempena Karnival Usahawan Al Falah Madani di Aeon Mall AU2, Setiawangsa.
A
A
A

KUALA LUMPUR – Pusat Pungutan Zakat – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) melancarkan Kempen Year End Zakat 2025 (YEZ 2025) sebagai usaha menggalakkan masyarakat Islam di Wilayah Persekutuan menunaikan zakat selewat-lewatnya pada 31 Disember ini.

PPZ - MAIWP dalam kenyataan memaklumkan, majlis pelancaran disempurnakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar di Aeon Mall AU2, Setiawangsa sempena Karnival Usahawan Al-Falah Madani anjuran MAIWP.

“Kempen berlangsung dari 1 November hingga 31 Disember ini menawarkan pelbagai kemudahan, pengisian aktiviti yang dirangka bagi memudahkan orang ramai dan syarikat menunaikan rukun Islam ketiga dengan lebih teratur, cepat serta selamat.

“Membawa tema Akhirnya Sempurna, kempen ini menzahirkan bahawa ibadah zakat adalah penyempurna tuntutan terhadap ALLAH SWT dan sesama manusia, selain menjadi jambatan yang menghubungkan spiritual dengan kemanusiaan serta mengangkat martabat golongan memerlukan,” menurut kenyataan itu.

Hadir sama, Pengerusi MAIWP, Syed Kamarulzaman Syed Kabeer.

Syed Kamarulzaman (duduk tengah) bersama barisan kepimpinan MAIWP dan peserta di Karnival Usahawan Al-Falah Madani anjuran MAIWP.
Syed Kamarulzaman (duduk tengah) bersama barisan kepimpinan MAIWP dan peserta di Karnival Usahawan Al-Falah Madani anjuran MAIWP.

Sepanjang Disember, PPZ-MAIWP turut membuka kaunter tujuh hari seminggu termasuk melanjutkan waktu operasi sehingga jam 9 malam bermula 22 hingga 31 Disember, selain menyediakan 'express lane' bagi mereka yang membuat janji temu.

“Setiap Jumaat dan pada 10 hari terakhir bulan berkenaan, para pembayar turut diraikan dengan jamuan serta cenderamata istimewa,” menurut kenyataan itu lagi.

Artikel Berkaitan:

Kempen itu turut dimeriahkan dengan penganjuran Year End Zakat Tour melibatkan Jelajah Kaunter Zakat dan Wakaf bergerak selain program Fuel Your Zakat di beberapa lokasi tumpuan, stesen minyak sekitar Kuala Lumpur serta Putrajaya bersama selebriti undangan.

Siri Live & Podcast mengenai zakat dan wakaf dengan panel jemputan serta program Santai Keluarga @ Kaunter yang menyediakan jamuan, aktiviti kanak-kanak dan reruai rakan strategik turut diadakan di beberapa cawangan terpilih pada 10 hari terakhir Disember.

Selain itu, jelasnya, YEZ Corporate Talk yang melibatkan sesi seminar dan taklimat khas bersama majikan dan syarikat turut dianjurkan bagi memberi pencerahan berhubung zakat dan wakaf.

Anugerah usahawan cemerlang juga diadakan sempena Karnival Usahawan Al-Falah Madani anjuran MAIWP.
Anugerah usahawan cemerlang juga diadakan sempena Karnival Usahawan Al-Falah Madani anjuran MAIWP.

“Lebih 10,000 beg membeli-belah dan kalendar 2026 turut disediakan sebagai cenderahati khas kepada pembayar yang menunaikan zakat harta minimum RM100 di semua cawangan PPZ-MAIWP,” tambah kenyataan.

Bagi memudahkan urusan pembayaran zakat, PPZ-MAIWP menawarkan pelbagai saluran termasuk kaunter fizikal, portal www.zakat.com.my, aplikasi MyZakat, perkhidmatan Amil to You, Ride2U, Kaunter Zakat Digital serta Zakat On-Call melalui talian 1-300-88-5757.

Pembayaran turut boleh dilakukan melalui ejen-ejen kutipan seperti bank, pos, e-wallet serta firma yang dilantik.

Menariknya, pembayar zakat sepanjang tempoh kempen berpeluang merebut lebih 1,300 hadiah istimewa termasuk pakej umrah, pakej percutian, thermomix, jongkong emas, mesin kopi dan pelbagai hadiah lain melalui cabutan yang tertakluk kepada terma dan syarat.

PPZ-MAIWP turut merakam penghargaan kepada penaja utama, Klinik Anda 24 Jam, penaja bersama Top Global Food and Beverages Sdn Bhd, Merchant Nine Sdn Bhd dan Ikhlas Com Travel & Umrah Sdn Bhd atas sokongan terhadap kelancaran penganjuran kempen.

Penglibatan rakan strategik, Deep Faith.Co dan Chef Kecik turut membantu memperluas capaian serta penyertaan masyarakat.

PPZ-MAIWP menyeru masyarakat merancang lebih awal dan memilih saluran pembayaran yang paling sesuai, sama ada fizikal atau dalam talian bagi mengelakkan kesesakan pada minggu terakhir Disember.

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen, lokasi kaunter atau pertanyaan zakat dan wakaf, orang ramai boleh menghubungi 1-300-88-5757 atau melayari media sosial rasmi PPZ-MAIWP.

Ringkasan AI

  • Kempen Year End Zakat 2025 dilancarkan oleh PPZ-MAIWP untuk galakkan masyarakat Islam di Wilayah Persekutuan tunaikan zakat sebelum 31 Disember
  • Majlis pelancaran oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar di Aeon Mall AU2, Setiawangsa
  • Kempen menawarkan kemudahan dan aktiviti bagi memudahkan menunaikan zakat termasuk kaunter beroperasi tujuh hari seminggu dengan waktu dilanjutkan hingga 31 Disember
  • Penganjuran acara seperti Year End Zakat Tour, program Fuel Your Zakat, dan YEZ Corporate Talk bagi meningkatkan kesedaran serta penyertaan zakat, wakaf
  • Pelbagai hadiah disediakan untuk pembayar zakat termasuk lebih 1,300 hadiah istimewa melalui cabutan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!