Rancakkan Madani pamer keberhasilan tiga tahun kerajaan

Program Rancakkan Madani Bersama Malaysiaku dan Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam 2025 akan dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Program Rancakkan Madani Bersama Malaysiaku dan Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam 2025 akan dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
A
A
A

PUTRAJAYA – Program Rancakkan Madani Bersama Malaysiaku dan Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam Tahun 2025 bakal membuka tirai pada 5 hingga 7 Disember ini dengan pengisian besar-besaran merangkumi pencapaian dasar, inisiatif baharu serta perkhidmatan terus kepada rakyat.

Ketua Komunikasi Korporat Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU), Sapian Mamat berkata, persiapan akhir sedang giat dilaksanakan bagi memastikan program berskala nasional itu berlangsung lancar di pekarangan Dataran Putrajaya.

"Program anjuran Pejabat Perdana Menteri itu akan dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, selain turut disokong oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC).

Sapian
Sapian

"Program ini menjadi wadah untuk rakyat melihat secara telus pencapaian, kemajuan dasar dan keberhasilan inisiatif 2025 yang telah dilaksanakan oleh kerajaan Madani,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Katanya, pengunjung bukan sahaja berpeluang memahami secara lebih jelas hala tuju pentadbiran kerajaan.

"Malahan pengunjung yang hadir dapat melihat sendiri kejayaan-kejayaan yang telah dicapai dalam tempoh tiga tahun.

"Ini merupakan ruang rakyat menilai sendiri keberhasilan kerajaan Madani, selain menjadi platform utama mempromosikan Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam (ARPA) demi memperkukuh mutu penyampaian perkhidmatan awam," katanya.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, program selama tiga hari itu turut menghimpunkan pelbagai inisiatif kerajaan melalui lapan segmen utama termasuk Produk Rakyat Madani, Kesejahteraan Rakyat Madani, Kepengerusian ASEAN dan hubungan antarabangsa, Ukhuwah Rakyat Madani, Belia Madani, Karnival Mini Pelancongan dan ARPA.

"Keseluruhan segmen berkenaan dirangka bagi memudahkan rakyat mengakses maklumat dasar kerajaan secara holistik, selain memanfaatkan pelbagai perkhidmatan yang ditawarkan.

"Antara aktiviti menarik menanti pengunjung ialah pameran aset pertahanan negara, perkhidmatan kesihatan, TVET dan STEM AI, karnival kerjaya, penukaran topi keledar percuma, pesta buku, Meow Fiesta, Jualan Rahmah serta Jualan Kembali Ke Sekolah," katanya.

Tambahnya, turut disediakan ialah jualan agro, barangan sukan, Temasya Kopi, Nadi E-Sukan Madani, agihan biji benih dan pokok, perkhidmatan tukar minyak enjin motosikal percuma, gunting rambut percuma dan pelbagai pilihan makanan melalui trak makanan.

"Lebih menarik, sebanyak 60 hadiah cabutan bertuah disediakan termasuk hadiah utama sebuah motosikal Modenas 150cc serta barangan elektrik.

"Program akan berlangsung dari jam 9 pagi hingga 10 malam pada Jumaat dan Sabtu, manakala jam 9 pagi hingga 6 petang pada Ahad," katanya.

Ringkasan AI

  • Program Rancakkan Madani Bersama Malaysiaku dan Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam Tahun 2025 diadakan pada 5 hingga 7 Disember di Putrajaya
  • Diperkenalkan oleh Pejabat Perdana Menteri dan akan dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim
  • Program tersebut bertujuan untuk mempamerkan pencapaian, kemajuan dasar dan inisiatif 2025 oleh Kerajaan Madani
  • Merangkumi lapan segmen utama termasuk Produk Rakyat Madani dan Kepengerusian ASEAN untuk memperkaya pengalaman pengunjung
  • Aktiviti menarik seperti pameran, jualan dan cabutan bertuah termasuk hadiah utama sebuah motosikal Modenas 150cc disediakan untuk pengunjung

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!