Lelaki ditemukan tidak bernyawa di tepi jalan

Seorang lelaki berusia lingkungan 60-an ditemukan sudah meninggal dunia di tepi jalan di Kampung Tapang, Kubang Kerian, Kota Bharu pada Selasa. Foto: PDRM
Seorang lelaki berusia lingkungan 60-an ditemukan sudah meninggal dunia di tepi jalan di Kampung Tapang, Kubang Kerian, Kota Bharu pada Selasa. Foto: PDRM
A
A
A

KOTA BHARU – Seorang lelaki berusia lingkungan 60-an ditemukan tidak bernyawa di tepi jalan di Kampung Tapang, Kubang Kerian di sini pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, pihaknya menerima laporan kira-kira jam 12.25 tengah hari berhubung penemuan mangsa yang tidak sedarkan diri di hadapan sebuah lot kedai yang tidak beroperasi.

Menurutnya, pemeriksaan di lokasi mendapati mangsa sudah tidak bergerak sebelum pegawai perubatan yang hadir mengesahkan kematian lelaki berkenaan.

“Mayat warga emas terbabit kemudian dihantar ke Unit Forensik Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (Hospital Pakar USM) Kubang Kerian bagi tujuan bedah siasat.

“Siasatan lanjut masih dijalankan dan setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Beliau turut menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan serta menjaga sensitiviti keluarga mangsa.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Seorang lelaki berusia lingkungan 60-an ditemukan tidak bernyawa di tepi jalan di Kampung Tapang, Kubang Kerian
  • Mangsa ditemukan tidak sedarkan diri di hadapan sebuah lot kedai yang tidak beroperasi
  • Pemeriksaan di lokasi mendapati mangsa sudah tidak bergerak dan kematian disahkan oleh pegawai perubatan
  • Mayat dihantar ke Unit Forensik Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia untuk bedah siasat
  • Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan siasatan lanjut masih dijalankan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!