Erra Fazira, Ezwan nikah 12 Disember ini

Erra Fazira mengumumkan bakal berkahwin dengan pilihan hatinya, Ezwan Zain atau 'Mr E' pada 12 Disember ini.
Erra Fazira mengumumkan bakal berkahwin dengan pilihan hatinya, Ezwan Zain atau 'Mr E' pada 12 Disember ini.
A
A
A

PELAKON, penyanyi dan hos terkenal, Erra Fazira mengumumkan bakal berkahwin dengan pilihan hatinya, Ezwan Zain atau 'Mr E' pada 12 Disember ini.

Majlis pernikahan akan berlangsung di Shah Alam, Selangor dan pasangan merpati dua sejoli itu bakal diraikan dalam majlis resepsi pada 13 Disember.

Demikian pengumuman gembira dikongsikan primadona filem Melayu itu sebentar tadi ketika majlis pelancaran video muzik Cinta Abadi yang juga merupakan lagu tema perkahwinan mereka.

“Iya, insya-ALLAH kami akan menikah pada 12 Disember ini yang bagi saya ia tarikh keramat. Doakan agar ini menjadi pernikahan yang berkat buat kami berdua,” ujar Erra dalam nada sebak.

Erra berkongsikan berita gembira ketika majlis pelancaran video muzik Cinta Abadi yang juga merupakan lagu tema perkahwinan mereka.
Erra berkongsikan berita gembira ketika majlis pelancaran video muzik Cinta Abadi yang juga merupakan lagu tema perkahwinan mereka.

Perkahwinan bersama Ezwan, 44, bakal menjadi yang ketiga buat Erra, 51, selepas lebih 10 tahun bergelar ibu tunggal.

Sebelum ini, ikatan perkahwinan yang dibina Erra bersama pelakon dan vokalis KRU, Datuk Yusry Abdul Halim terlerai apabila kedua-duanya rasmi berpisah pada 2006.

Artikel Berkaitan:

Erra Fazira mengumumkan bakal berkahwin dengan pilihan hatinya, Ezwan Zain atau 'Mr E' pada 12 Disember ini.
Erra Fazira mengumumkan bakal berkahwin dengan pilihan hatinya, Ezwan Zain atau 'Mr E' pada 12 Disember ini.

Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek kemudian mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Engku Emran dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Engku Aleesya sebelum bercerai pada 2014.

Ringkasan AI

  • Erra Fazira mengumumkan akan berkahwin dengan Ezwan Zain atau 'Mr E' pada 12 Disember
  • Majlis pernikahan akan diadakan di Shah Alam, Selangor
  • Majlis resepsi untuk pasangan itu akan berlangsung pada 13 Disember
  • Ia akan menjadi perkahwinan ketiga untuk Erra Fazira
  • Sebelum ini, Erra pernah berkahwin dengan Datuk Yusry Abdul Halim dan Engku Emran
  • Erra mempunyai seorang anak perempuan bernama Engku Aleesya

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!