Polis mohon kesan Nor Adlina

Nor Adlina Hassan,16, dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya.
Nor Adlina Hassan,16, dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis memohon bantuan orang ramai bagi mengesan remaja perempuan yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Taman Dalma, Semenyih, Selangor, Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner, Naazron Abdul Yusof berkata, Nor Adlina Hassan, 16, kali terakhir dilihat di rumahnya kira-kira 8 malam hari berkenaan.

“Remaja itu berketinggian kira-kira 160 sentimeter dengan berat 40 kilogram, berambut lurus hitam dan mempunyai parut di pipi serta kelopak mata kanan.

“Ibu bapa Nor Adlina membuat laporan mengenai kehilangan remaja itu pada 7.40 malam semalam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan Nor Adlina tampil ke mana-mana balai polis berdekatan atau hubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang menerusi talian 03-89114222 atau pegawai penyiasat Inspektor Hafifi Noni 0116-7793860. - Bernama 

 

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Polis memohon bantuan orang ramai bagi mengesan remaja perempuan yang hilang di Taman Dalma, Semenyih
  • Nor Adlina Hassan, berumur 16 tahun, kali terakhir dilihat di rumahnya pada jam 8 malam
  • Beliau mempunyai ciri-ciri ketinggian kira-kira 160 sentimeter, berat 40 kilogram, berambut lurus hitam dan ada parut di pipi serta kelopak mata kanan
  • Ibu bapa Nor Adlina membuat laporan kehilangan pada 7.40 malam
  • Polis meminta maklumat daripada orang ramai melalui hubungan ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang atau pegawai penyiasat Inspektor Hafifi Noni

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!