Bomba bantu ambil mayat wanita obesiti

KOTA BHARU - Pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gua Musang membantu polis mengambil mayat seorang wanita obesiti dianggarkan seberat 200 kilogram di Kampung Sungai Terah, Gua Musang, malam Jumaat.
Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan dalam kenyataan pada Sabtu memaklumkan menerima panggilan kecemasan pada 8.47 malam dan operasi melibatkan sembilan anggota.
“Bomba tiba di lokasi pada 9.03 malam dan operasi melibatkan wanita berusia 30 tahun yang meninggal dunia dalam rumah,” menurut kenyataan itu.
Mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. - Bernama
Ringkasan AI
- Pasukan Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang membantu polis mengambil mayat wanita obesiti di Kampung Sungai Terah
- Mayat dianggarkan seberat 200 kilogram
- Panggilan kecemasan diterima pada 8.47 malam
- Operasi melibatkan sembilan anggota
- Wanita berusia 30 tahun itu meninggal dunia dalam rumah
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
